Tuesday, September 15, 2009

Malaysia transit rakyat asing ke Australia


SEBAHAGIAN pegawai dan anggota polis marin berbuka puasa di atas kapal KD Pekan selepas melakukan rondaan di perairan Pulau Pinang kelmarin.


GEORGE TOWN - Perairan Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dikenal pasti sebagai kawasan panas yang kerap digunakan untuk menyeludup manusia oleh sindiket-sindiket tertentu.

Lebih memeranjatkan apabila Malaysia turut dilaporkan menjadi pilihan sebagai negara transit untuk menyeludup manusia yang dipercayai banyak dihantar ke Australia.

Ketika mendedahkan perkara itu, Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah Satu (1), Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, faktor kedekatan perairan negara dengan Indonesia menyebabkan negara ini mudah dilalui oleh sindiket menyeludup manusia.

"Dalam tempoh sembilan bulan lalu, penyeludupan manusia banyak dikesan berlaku di perairan Selangor dan Perak berbanding perairan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

"Selain itu laluan pantai yang mudah dilalui bot-bot kecil juga menjadi faktor kepada kawasan itu menjadi tumpuan sindiket menyeludup manusia," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: