Tuesday, September 15, 2009

Barangan larangan eksport dirampas


MHD. SUBRE (dua dari kanan) menunjukkan barangan kawalan yang dirampas dalam Ops Runcit Raya di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor merampas pelbagai barangan larangan eksport dan barangan kawalan termasuk 1,910 kilogram (kg) minyak masak yang cuba dibawa masuk ke negara jiran menerusi Ops Runcit Raya yang bermula sejak 23 Ogos lalu sehingga semalam.

Pendedahan itu dibuat oleh Pengarah Kastam negeri, Mhd. Subre Ishak dan selain minyak masak turut dirampas ialah gula (193kg), tepung gandum (94kg) dan beras (70kg).

"Ini menunjukkan minyak masak merupakan barang kawalan yang banyak dibawa masuk ke Singapura. Kesemua barangan ini bernilai RM5,525," katanya pada sidang media pada hari terakhir operasi itu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: