
ABERDEEN - Seorang lulusan ijazah sarjana muda antropologi dari Universiti St. Andrews, Scotland, AJ Bailey (gambar) memilih untuk menjadi pelakon filem lucah, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Bailey, dia suka dengan kerjaya lakonan itu tetapi mengaku dipinggirkan oleh beberapa teman lelakinya yang berasa jijik dengan perbuatannya.
Dia belajar di universiti yang sama dengan pewaris kedua takhta England, Putera William.
Pada mulanya Bailey menceburi kerjaya gambar lucah selepas dia memerlukan wang sebanyak £20,000 (RM116,571) untuk kos melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di universiti yang sama.
"Selepas mendapat ijazah pertama, saya menyedari untuk memenuhi impian saya untuk menjadi seorang kurator muzium, saya perlu belajar di Universiti St. Andrews," katanya yang dibesarkan di Amerika Syarikat (AS).
Menurutnya, dia bekerja di sebuah pusat informasi di Universiti Missouri, AS tetapi gagal mengumpulkan wang yang mencukupi.
Dia kemudian membuat rakaman gambar dirinya untuk laman web lesbian.
Sebuah syarikat hiburan untuk golongan dewasa, Vivid Entertainment yang melihat gambar itu kemudian menawarkan kontrak £125,000 (RM728,571) setahun jika mahu berlakon dalam filem lucah.
Dia kini sudah membintangi dua buah filem lucah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: