Norman Abdul Halim |
KRU STUDIOS menafikan dakwaan media Indonesia baru-baru ini, kononnya dokumentari Enigmatic Malaysia yang diterbitkan mereka adalah bertujuan mempromosikan industri pelancongan Malaysia pada peringkat antarabangsa.
Dalam kenyataan dikeluarkan syarikat itu, KRU berkata, salah faham berkenaan timbul apabila promo yang disunting pihak penyiar, Discovery Networks Asia-Pacific untuk menghebahkan dokumentari itu turut menonjolkan gambar sejenis tarian dari Bali, Indonesia, Pendet , yang disalahertikan sebagai iklan mempromosikan pelancongan negara ini ke peringkat dunia.
Siri dokumentari Enigmatic Malaysia terbitan syarikat terbabit diberikan hak penyiarannya di 21 negara kepada Discovery Channel.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim, gambar tarian Pendet ini diperoleh pihak Discovery daripada pihak ketiga dan bukannya dari KRU Studios.
"Pihak kami memaparkan sejenis tarian Jawa, bukannya tarian Pendet, di dalam satu daripada siri dokumentari terbabit yang berjudul Batik. Segmen ini menceritakan asal-usul batik yang dikatakan berasal daripada keluarga diraja di Jawa beratus-ratus tahun dulu, sebelum melalui proses evolusi dan berubah menjadi batik yang beridentiti Malaysia.
"Sebagai ilustrasi kreatif, segmen ini dilakonkan semula dan turut menyelitkan tarian berkenaan. Bagaimanapun, visual yang dipaparkan di dalam promo terbitan Discovery itu bukan dari visual arkib kami. Malah skop penceritaan juga adalah menjurus kepada pembuatan batik dan bukannya mengenai sebarang tarian," tegas Norman.
Difahamkan, Discovery sudah pun menamatkan penyiaran promo itu dan akan menggantikannya dengan promo yang baru, sekali gus mengeluarkan gambar penari tarian Pendet yang mencetuskan kontroversi.
Discovery juga sudah pun mengeluarkan kenyataan akhbar dengan menyatakan kekesalan mereka berhubung isu itu.
Kata Norman, KRU Studios juga sudah membuat penjelasan berhubung perkara ini menerusi temu ramah yang disiarkan secara langsung di TV One, Indonesia, bersama Menteri Kebudayaan dan Pariwisata Indonesia, Bapak Jero Wacik, pada 24 Ogos lalu.
Penjelasan serupa juga sudah diberikan kepada Duta Besar Republik Indonesia di Malaysia pada 25 Ogos.
"Pihak KRU Studios berasa kesal kerana niat ikhlas kami untuk menyatakan asal-usul batik disalahertikan dan dieksploitasi sehingga menjadi isu sensitif dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.
"Secara ironiknya, satu daripada episod dokumentari Enigmatic Malaysia berjudul Melakan Portuguese memenangi anugerah padaFestival Filem Antarabangsa Bali, tahun lalu," katanya.
Siri dokumentari Enigmatic Malaysia kini disiarkan secara eksklusif di Discovery Channel dan turut memaparkan judul lain termasuk Keris, Bajau Laut, Kellie’s Castle, Wau dan Melakan Portuguese.
Niat ikhlas KRU ....kau giler ke norman. Mana ada yang ikhlas keluar dari keluarga adik beradik kau ni. Kau ni kena admit yang kau ni the best among the worst in the industry. Tak ada yang hebat pasal KRU ni. International platform bukan dalam lingkungan kau. Main kat Malaysia jelah. Kau adik beradik ni sangap dan bodoh. Janganlah nak buat pandai. Pegang jelah kaki2 kau kat Mdec, Mosti and Finas tu.
ReplyDeleteKROOK