
KOTA BHARU - Bukan mahu menyesali takdir Tuhan, jauh sekali mengharapkan apa-apa penghargaan dengan jasa yang disumbangkan. Dia sekadar meluahkan rasa terkilan.
Itulah perasaan Mohd. Atiff Afifi Omardin, 22, yang hampir menemui ajal akibat ditikam ketika bergelut dengan seorang lelaki yang cuba meragut beg tangan seorang wanita pada 20 April tahun lalu.
Atiff Afifi berkata, selepas kejadian tersebut, dia menerima panggilan telefon daripada seorang pegawai polis Bukit Aman yang memintanya menghadiri satu sesi temu duga khas untuk menyertai pasukan polis.
"Saya amat gembira kerana memang cita-cita saya untuk menjadi seorang anggota polis tetapi saya beritahu ketinggian saya tidak melepasi had kelayakan.
"Namun pegawai itu kata, ia bukan halangan kerana kes saya disifatkan sebagai istimewa bagi menghargai jasa," katanya di pejabat Kosmo! di sini semalam.
Katanya, ketika itu dia bertugas sebagai kerani di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Summerset Resort, Kuala Rompin, Pahang dan terpaksa mengambil cuti kecemasan pulang ke kampungnya di Tumpat untuk temu duga.
Kini, selepas lebih setahun dia tidak menerima apa-apa panggilan mahupun surat sama ada diterima atau tidak sebagai anggota polis.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: