Saturday, September 19, 2009

Jaga dibunuh, RM100,000 lesap


TIGA perompak melarikan diri bersama wang RM100,000 dalam rompakan di Taman Segar, Cheras, Kuala Lumpur semalam.



PEGAWAI polis memeriksa mayat pengawal kselamatan yang
ditembak mati.


KUALA LUMPUR - Tembak dan rompak.

Itulah tindakan nekad trio lelaki bertopi keledar yang melakukan rompakan di Hong Leong Bank Taman Segar, Cheras, di sini petang semalam.

Mereka bertindak menembak mati seorang pengawal keselamatan bank berkenaan sebelum melarikan wang RM100,000 dari kaunter bank itu.

Dalam kejadian pada pukul 3.55 petang itu, pengawal keselamatan dikenali sebagai Adi Faizal, 27, terbunuh selepas terkena dua das tembakan di dada yang dilepaskan oleh salah seorang suspek.

Lebih menyedihkan, mangsa yang ditembak mati itu baru bekerja di bank berkenaan tujuh hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, tiga suspek datang ke bank tersebut dengan masing-masing memakai topi keledar dan menutup muka mereka.

"Ketiga-tiga mereka datang dan terus melulu masuk ke bank itu dan melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamatan. Seorang perompak lain pergi ke kaunter dan mengambil wang sebanyak RM100,000 manakala seorang lagi mengawal keadaan sekeliling,'' katanya ketika ditemui semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: