
NEW YORK - Beberapa jam menjelang subuh semasa kebanyakan penduduk di New York sedang tidur, seorang lelaki pertengahan umur, Mohammad Boota keluar dari keretanya dengan membawa sebuah gendang besar dan memukulnya ketika berjalan di sebuah kawasan perumahan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada setiap pagi dalam bulan Ramadan, dia berjalan di kawasan yang didiami penduduk Islam dengan memukul gendang bagi tujuan membangkitkan mereka daripada tidur untuk bersahur.
Mohammad kerap mendapat rungutan daripada penduduk yang bukan Muslim kerana mereka tidak mengetahui kepentingan bulan Ramadan.
"Pada setiap masa, mereka membuat aduan. Mereka menyatakan seperti apakah yang sedang saya lakukan. Mereka (penduduk bukan Muslim) tidak mengetahui bahawa kini bulan Ramadan," kata Mohammad.
Dia yang berumur 53 tahun berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) pada 1992 dari Pakistan dan bekerja sebagai pemandu kereta limosin.
Tidak semua orang yang suka dengan apa yang dilakukannya.
Sebahagian orang akan membuka tingkap dan menjerit atau menghubungi polis, katanya.
Menurut Mohammad, polis kemudian menasihatkannya supaya berpindah ke tempat lain.
Dia kini memukul gendang di sebuah kawasan di Coney Island Avenue yang didiami oleh ramai penduduk berketurunan Pakistan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: