Wednesday, September 2, 2009

Dengarnya...: Giliran Aenn pula ke jenjang pelamin





CIK Normah tumpang gembira apabila adik ipar kepada Mawi, Aenn atau nama sebenarnya Nora’Ain Rahmat akan mengikuti jejak langkah kakaknya, Ekin, untuk menamatkan zaman bujang.

Cik Normah difahamkan hasrat Aenn untuk bergelar raja sehari memang sudah lama. Malahan pernah terdetik di hatinya untuk melangsungkan perkahwinan sama tarikh dengan Ekin.

Namun, kerana tidak mahu mencuri perhatian orang ramai terhadap perkahwinan Mawi dan Ikin, Aenn pendamkan saja hasratnya. Bagaimanapun, kawan sepejabat yang bertemu secara kebetulan dengan Aenn di Hotel Istana minggu lalu ketika berbuka puasa, Aenn memberitahu akan bernikah selepas raya nanti.

Tarikhnya belum ditetapkan tetapi kalau tak silap Cik Normah mungkin penghujung September atau awal Oktober nanti. Ketika bertemu dengannya, Aenn tidak keseorangan dan di sisinya setia menemani ialah lelaki yang bakal dinikahinya (gambar).

Kawan sepejabat ada bertanyakan nama penuh lelaki itu melalui Aenn. Bagaimanapun, Aenn enggan mendedahkan dan memberi isyarat tangan untuk menyambung kisah terbabit di dalam perbualan telefon saja. Cik Normah dapat tahu lelaki yang bertakhta di hati Aenn itu seorang duda mempunyai tiga anak.

Berusia 41 tahun, usahawan yang berjaya menambat hati Aenn itu masih nampak gagah dan tampan. Pendek kata, sesuai dengan Aenn. Siapa sangka pertemuan sekitar dua tahun lalu membuahkan rasa cinta hingga ke jinjang pelamin. Inilah dinamakan jodoh. Kalau tak silap Cik Normah, gosip yang pernah keluar sebelum ini menulis kelibat Aenn dan seorang lelaki di sebuah lapangan terbang memang betul.

Lelaki inilah yang dimaksudkan itu. Kepada Aenn dan kekasihnya, Cik Normah doakan semoga kebahagiaan yang bakal menjelma kelak akan terus memberikan sisi indah buat kalian berdua. Jangan lupa ringan tangan untuk mengundang Cik Normah dan rakan sepejabat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: