Tuesday, September 15, 2009

Dengarnya...: Berani buat, beranilah tanggung!


HAI nampaknya artis di Malaysia ini tak pernah serik kahwin dengan suami orang atau lebih senang berkahwin dengan lelaki yang tengah berdepan dengan krisis rumah tangga dalam perkahwinan terdahulu. Dalam ramai manusia di muka bumi ini, suami orang atau ‘bekas’ orang juga yang diimpikan. Iyalah, jodoh katakan.

Baru-baru ini, teman Cik Normah dapat tahu seorang pelakon janda yang sudah lama menyepi sebenarnya dalam diam sudah berkahwin. Tapi biasalah kerana nak ‘cover line’ terpaksalah cerita itu menjadi ‘off record’. Ketika itu, suami artis itu sedang berdepan dengan masalah dengan isteri pertama.

Tahu takut juga kalau cerita itu ditulis. Tapi, masa berkahwin dengan lelaki itu, tak ada pula rasa takut. Tahu nak senang saja. Agaknya aliran berkahwin dengan lelaki sebegitu memang tengah ‘in’ dekat Malaysia sekarang ini gamaknya.

Tak faham Cik Normah. Tapi dalam hal ini, Cik Normah tak boleh salahkan pelakon itu kerana tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Lelaki itu pun dua kali lima. Gatal sangat nak kahwin. Cik Normah minta maaf sangat sebab kalau cakap bab ini memang emosi mula mencengkam jiwa.

Harap tak akan jadi dekat batang hidung sendiri. Minta simpang dan minta dijauhkan. Biarpun perkahwinan Cik Normah belum dikurniakan cahaya mata, Cik Normah yakin kesetiaan suami tiada tolok bandingnya. Cik Normah pun masih cintakan suami dan hanya dia di hati. Jangan nak caras suami Cik Normah sudahlah.

Buat pelakon itu, haa... pandai buat, pandai tanggung. Ingat, Tuhan itu Maha Adil. Pusing-pusing, silap hari bulan kena balik dekat batang hidung sendiri. Makan pengat sendiri mahu ingat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: