Monday, September 14, 2009

Baung Bestari Jaya


ABANG Kamal (kiri) dan Mat Segambut dengan keli Afrika yang ditawan. (Gambar kiri). Penulis teruja dengan baung yang jadi penghuni Sungai Bestari Jaya. (gambar kanan)
ABANG Kamal (kiri) dan Mat Segambut dengan keli Afrika yang ditawan. (Gambar kiri). Penulis teruja dengan baung yang jadi penghuni Sungai Bestari Jaya. (gambar kanan)

KUALA LUMPUR: ‘Beb, lusa dah puasa... tak der projek pancing ker. Malaslah asyik duduk rumah jer, cadang Mazmie Mat Dom, ketika Geng Taman Beringin duduk berbual di kedai kopi Kak Nab baru-baru ini.

Geng Taman Beringin duga Sungai Bestari Jaya

KUALA LUMPUR: ‘Beb, lusa dah puasa... tak der projek pancing ker. Malaslah asyik duduk rumah jer, cadang Mazmie Mat Dom, ketika Geng Taman Beringin duduk berbual di kedai kopi Kak Nab baru-baru ini.

Penulis yang leka melayan telefon segera menyarankan tiga rakannya, Kamaruddin (Abang Kamal), Mazmie Mat Dom dan Ahmad Nasaruddin (Mat Segambut) memancing Sungai Selangor (Sungai Bestari Jaya). Kononnya kata orang, sungai berkenaan banyak ikan baung, toman, lampam dan pelbagai lagi spesies ikan air tawar.

“Esok kita geraklah dan kasi pulun sakan. Kalau tak hujan, boleh dapat rezeki lumayan,” seloroh abang Kamal kepada penulis sambil diperhati Mat Segambut dengan senyuman sinis. Apabila kata sepakat dicapai, mereka berempat bertolak ke Sungai Selangor menerusi Pekan Ijok.


Naluri ingin mendaratkan pelbagai spesis ikan air tawar di Sungai Bestari Jaya memuncak apabila melihat keadaan air yang sedikit jernih.

“Biasanya jarang kita dapat air jernih macam ni Mat,” kata penulis kepada Mat Segambut mengenai Air Sungai Selangor.

Tanpa berlengah penulis segera melontarkan balingan ke dasar sungai dengan penuh yakin yang hari itu pasti banyak dapat ikan besar. Sementara Abang Kamal, Mazmie dan Mat Segambut hanya memancing dengan hati tenang tanpa berkata.

Tanpa disedari, joran penulis tiba-tiba direntap ganas. Tanpa berlengah penulis menyambarnya dan membalas rentapan dengan kemas.

“Patin.....jerit abang Kamal dengan penuh yakin yang joran penulis direntap spesis patin besar berdasarkan pengalaman lalu. Setelah bertarung selama 10 minit, kelibat sang ikan masih belum kelihatan.

“Tunggu dulu Din, abang ambilkan tangguk, nanti terlepas melopong kita nanti, ujar abang Kamal.

“Alamak ikan apa ni kuat betul dia punya tarik, lebih dibuatnya kita bang! penulis mengeluh. Adegan tarik menarik berlaku, selang beberapa minat mangsa mula lemah dan penulis mula menariknya ke tebing sungai.

“Umpan apa yang kau pakai ni Din? jerit Mat Segambut. Aku pakai anak siput aje Mat, penulis menjawab tenang. Seekor ikan keli Afrika anggaran 10 kilogram lemah di tangan penulis sendiri.

Selang beberapa minit, penulis sekali lagi menaikkan seekor demi seekor penghuni Sungai Selangor, kesemuanya keli Afrika. Selepas dikira sebanyak lapan keli Afrika sekitar tiga hingga 10 kilogram berjaya dinaikkan penulis. Hari itu gelaran Pak Din Marlin mulai lenyap dan digantikan Pak Din Keli Afrika oleh Geng Taman Beringin.

Sementara Mazmie Raja Baung pula berjaya mendaratkan spesies kegemarannya sebanyak 18 ekor yang juga sejarah tersendiri yang belum pernah diciptanya dengan menggunakan umpan ajaibnya.

“Kau pakai umpan apa Mie? penulis cuba mencungkil rahsia bagaimana beliau boleh menjinakkan ikan baung sebanyak itu.

Mie hanya diam tanpa bersuara, mungkin itu rahsianya bila memancing jangan bercakap! Sungai Bestari Jaya (dulunya Batang Berjuntai) memang kaya dengan pelbagai spesies ikan air tawar. Wajar kita harus menjaganya dari pencemaran alam dan haramkan kegiatan mencuri pasir.

Kerajaan Selangor dan agensi berkaitan harus memperbanyakkan kawalan serta pemantauan untuk membanteras kegiatan mencuri pasir dan kegiatan menuba ikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Penulis sempat memberi tips memancing di Sungai Bestari Jaya, gunakan umpan sesuai, pastikan keadaan air sungai ketika itu tidak terlalu keruh, memancing malam atau di awal pagi adalah peluang terbaik untuk memperoleh tangkapan lumayan.

Dinasihatkan berwaspada dengan keadaan sekeliling kerana memancing pada malam hari dan awal pagi banyak risikonya seperti serangan dari binatang berbisa, terutama ular tedung.. Keselamatan diri harus dipentingkan supaya diri anda dalam keadaan selamat. Pada hari itu saja, penulis berjaya mendaratkan ikan keli, baung, lampam dan spesies lain untuk dibawa pulang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: