![]() |
| ADAM SANDLER |
AKTOR komedi, Adam Sandler menegaskan jenaka yang terkeluar daripada mulutnya tidak semestinya berupaya membuatkan orang lain benar-benar faham.
Bahkan, lawak itu barangkali mudah sahaja disalah tafsir apatah lagi kalau tidak difahami dengan tepat.
Pelakon itu memberitahu, dia mampu membuatkan orang lain ketawa walaupun tanpa mengeluarkan ayat yang berbentuk jenaka sifatnya. Tetapi malang untuk Adam kerana kata-katanya itu selalu tidak dianggap serius oleh orang lain.
Merujuk kepada satu insiden, Adam memberitahu, dia pernah berdepan dengan pengalaman yang agak mendebarkan sewaktu terlibat dengan penggambaran sebuah program TV di Britain.
"Saya kena meminta diri dan menamatkan siaran rancangan TV itu disebabkan waktu penerbangan saya hampir tiba.
"Enggan terlambat, saya pantas mengumumkan kepada tetamu jemputan yang berada di situ, Jonah Hills bahawa saya kena bergegas untuk mengejar jadual penerbangan. Tidak terkecuali, saya sempat ucapkan selamat tinggal kepadanya.
"Bayangkan apabila tetamu yang berada dalam studio terus tergelak besar. Mereka tertawa dan terus tertawa walaupun saya beritahu perkara ini benar dan saya kena pergi daripada studio itu.
"Rasa peliklah apabila saya sendiri tidak mengerti dengan setiap perbuatan yang dilakukan ini. Sama ada ia betul mahupun tidak, orang ramai terus menganggap ia kelakar," ceritanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: