Saturday, September 26, 2009

5,000 penduduk kecewa sambut Aidilfitri tanpa air


PENDUDUK dari enam buah kampung mengadakan perhimpunan mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah bekalan air di Kampung Baru, Pokok Sena, Kedah semalam.


POKOK SENA - Kira-kira 5,000 penduduk membabitkan enam buah kampung di daerah ini dilaporkan terputus bekalan air bersih sejak 10 hari lalu.

Antara kampung itu ialah Kampung Bukit, Batu 20, Hujung Bendang, Batu 18 dan Bendang Baru.

Pemilik tempat mencuci kereta, Mohamad Ismail, 39, mendakwa dia kerugian hampir RM4,000 kerana premisnya tidak dapat menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan.

"Musim raya biasanya ramai pelanggan datang untuk mencuci kereta tetapi pada tahun ini, saya terpaksa tutup kedai," katanya.

Menurut Mohamad, masalah gangguan bekalan air bermula sejak setahun lalu tetapi menjadi semakin serius sejak dua minggu lalu.

Beliau berkata, beberapa aduan telah dibuat kepada Jabatan Bekalan Air di Kuala Nerang dan Alor Setar namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak terbabit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: