Wednesday, January 28, 2009

Pengapit Hathaway


ANNE HATHAWAY dan Kate Hudson.


Dia sudah berpisah dengan teman lelakinya, namun Anne Hathaway sudah pun memiliki senarai siapakah yang bakal menjadi pengapit di hari perkahwinannya.

Aktres jelita yang putus cinta dengan ahli perniagaan Itali, Raffaello Follieri pada musim panas lepas itu sebenarnya kini sudah memiliki teman lelaki baru, Adam Shulman.

Justeru, dia kini mengimpikan untuk segera berkahwin dan memilih tiga aktres yang pernah berlakon dengannya bagi menjadi pengapitnya nanti.

Mereka ialah Kate Hudson, Meryl Streep dan Emily Blunt.

"Kate Hudson boleh menjadi pengapit saya yang paling hebat dan adalah sungguh mengharukan saya kalau Meryl Streep turut sudi. Emily Blunt yang juga rakan baik saya, sudah pasti menjadi salah seorang pengapit saya," ujarnya.

Hathaway yang belum mahu mengumumkan tarikh pernikahannya bagaimanapun mengakui dia tidak selalu bernasib baik dengan kisah cintanya.

Meluahkan kepada Contactmusic, ucapnya: "Pada janji temu yang pertama kali, saya mengalami perasaan gementar yang amat sangat dan menyilangkan kaki saya di bawah meja.

"Saya menjadi serba tak kena, dan apabila saya kemudian merasa perlu ke bilik air, saya bangun tanpa menyedari keadaan kaki saya itu. Kesudahannya saya jatuh tersembam di atas meja.

"Teman temu janji saya itu terkejut dan saya terpaksa berpura-pura tidak sakit, sedangkan kaki saya amat sakit ketika itu."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: