Wednesday, January 28, 2009

Bundchen nafi bertunang


GISELE masih merahsiakan tarikh dan lokasi perkahwinannya dengan Tom.


Gisele Bundchen menafikan laporan yang mendakwa dia telah bertunang dengan kekasihnya, Tom Brady.

Supermodel ternama itu yang menyertai pertunjukan pada Minggu Fesyen Sao Paulo baru-baru ini memberitahu majalah Brazil, Caras Gi: "Saya tidak tahu kenapa orang (media) menjadi terlalu kreatif."

Tambah model berusia 28 tahun itu: "Dulu (TMZ) melaporkan Tom (Brady) melamar saya dalam kapal terbang. Bayangkan, ketika itu bukankah 24 Disember dan kami sedang dalam penerbangan ke Boston, jadi kami hanya meraikan kedatangan Hari Krismas pada keesokan harinya."

"Tiba-tiba, ada yang melaporkan kami sudah bertunang! Impaknya kami menerima lebih daripada 100 e-mel daripada rakan-rakan bagi mengesahkan mengenai perkara itu."

Bundchen meneruskan bicara: "Sekarang ada gosip baru (dalam majalah People), yang mendakwa Tom sudah melamar saya pada Jumaat lepas. Saya tidak berada bersama Tom pada masa itu, bukankah itu tidak benar?"

Bundchen juga menafikan laporan majalah People yang mendakwa dia dan Brady bakal melangsungkan perkahwinan di Costa Rica.

"Gosip tersebut mungkin timbul kerana saya memiliki sebuah rumah di Costa Rica. Saya sebenarnya belum merancang di mana mahu mengadakan majlis perkahwinan kami tetapi yang pasti ia akan dilakukan secara kecil-kecilan sahaja.

"Saya tidak suka majlis keraian besar-besaran bagi perkahwinan saya nanti kerana saya mahu menjadikan ia sesuatu yang personal dan untuk mereka yang benar-benar rapat dengan kami sahaja."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: