Wednesday, January 28, 2009

Kejutan di hari jadi Sutherland




KIEFER SUTHERLAND pada mulanya begitu teruja apabila dia menerima 'hadiah' hari jadinya - seorang penari bogel. Namun dia terperanjat besar apabila kawan-kawannya hanya mengenakan dirinya kerana penari bogel berambut perang itu sebenarnya lelaki!

Rakan-rakan bintang siri TV, 24 itu meraikan hari jadi ke-42 Sutherland baru-baru ini dan memeranjatkannya dengan mengupah seorang penari bogel.

Menurut sumber yang memberitahu majalah National Enquirer: "Keadaan dalam bilik yang digunakan untuk meraikan hari jadi ke-42 Kiefer agak samar-samar apabila seorang penari 'wanita' yang hampir bogel muncul.

"Dia kemudian menarik Keifer supaya duduk di atas kerusi dan mula menari di atas pehanya. Keifer yang kelihatan teruja tiba-tiba terperanjat besar apabila wanita itu tiba-tiba membuka rambut palsunya dan mendedahkan dirinya seorang lelaki."

Tambah sumber tersebut: "Keifer yang tergamam kemudian menolak penari lelaki itu daripada pehanya menyebabkan rakan-rakan Kiefer ketawa beramai-ramai."

"Dia kelihatan marah pada mulanya tetapi apabila menyedari itu semua hanya gurauan rakan-rakannya, dia kemudian meminta maaf kepada penari tersebut."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: