HADIAH TAHUN BARU. Penduduk Ipoh tahu, setiap kali tahun baru, mereka yang datang awal ke sebuah kilang aiskrim di bandar raya itu akan dapat habuan istimewa.
Daripada ais krim percuma hinggalah diskaun untuk pembelian produk aiskrim, kilang Wonderful Creamery (M) di Jelapang diserbu sejak pagi semalam oleh orang ramai yang ingin menikmati aiskrim sepuas hati.
Pihak kilang itu menyediakan lebih 900 liter aiskrim untuk dinikmati 5,000 pengunjung pertama.
Pengarah Urusannya, Kew Ming King berkata, acara itu adalah aktiviti tahunan syarikat itu sejak 1996 dengan agihan dibuat pada 1 Januari, Hari Pekerja 1 Mei dan Hari Kemerdekaan 31 Ogos.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: