Friday, January 2, 2009

Deja Dibedah Sebelum Majlis Resepsi Kahwin


Deja Moss menyuap kek ke mulut Azfendy pada resepsi perkahwinan mereka di Kuala Lumpur malam tadi.


KUALA LUMPUR - Walaupun baru selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim, penyanyi Deja Moss tidak patah semangat untuk meneruskan majlis resepsi perkahwinannya di sini semalam.

Malah majlis Deja, 35, dan suami, Azfendy Azzuddin, 29, tetap berlangsung meriah dengan dihadiri 800 tetamu.

Ketika ditemui, Deja atau nama penuhnya Sharifah Khadijah Wan Moss mengaku sakit perut dan mengalami pendarahan pada 21 Disember lalu.

"Saya berjumpa dengan doktor pakar dari Hospital Gleneagles dan beliau mengesahkan saya mengandung di luar rahim dua minggu lalu,'' jelasnya ketika ditemui pada majlis berkenaan semalam.

Deja dibedah di hospital itu pada 23 Disember lalu dan bersyukur kesihatannya cepat pulih.

Janinnya yang baru berusia enam minggu terpaksa dibuang bagi mengelak komplikasi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: