KOTA - Seorang lelaki terpaksa menggunakan khidmat jentera berat (JCB) bagi mengangkat ular sawa seberat lebih 100 kilogram yang ditangkap di kawasan kebun Solok Itik, Legong Ulu, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Amri Deraman, 51, atau lebih dikenali sebagai Awe sedang membersihkan kawasan kebun milik penduduk kampung.
Dia kemudiannya terkejut apabila pemandu JCB yang turut membersihkan kebun melaungkan “Allahuakbar” dan bertindak melarikan diri dari kawasan itu.
“Saya pun ingat nak larikan diri kerana sangka ada penyengat tapi pemandu JCB beritahu ada ular sawa yang terlalu besar dan panjang keluar dari semak. Saya sempat tengok ekornya sahaja.
“Saya terus hubungi rakan untuk minta bantuan dan cuba mencari ular sawa berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Legong Ulu, di sini, semalam.
Amri berkata, dengan berbekalkan pengalaman lebih tujuh tahun menangkap ular, dia sudah bersedia dengan tali untuk menjerut kepala ular sawa berkenaan.
Menurutnya, ular sawa yang kelaparan lebih agresif berbanding ular sawa yang baru menelan makanan kerana tenaganya banyak digunakan untuk melemahkan lawannya sebelum ditelan.
“Namun, ular sawa yang ditemui ini tidak agresif kerana saiznya agak besar, jadi susah hendak bergerak.
“Kami berjaya menangkap ular ini selepas hampir setengah jam mencarinya,” katanya.
Kata Amri, dia cuba memasukkan ular berkenaan ke dalam guni tetapi tidak berjaya.
“Jadi terpaksalah saya guna khidmat JCB untuk bawanya ke rumah saya di sini (PPRT Legong Ulu) sejauh hampir dua kilometer.
“Bagaimanapun, ular sawa ini mati kerana cedera setelah bergelut untuk diletakkan di dalam jengkaut JCB," katanya.
Menurutnya, ini pengalaman pertamanya menangkap ular sawa paling besar iaitu kira-kira enam meter panjang dan berat lebih 100 kilogram.
“Kepala ular sawa ini sahaja sudah sebesar kepala lutut saya dan badannya juga sebesar dahan pokok,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: