Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 32, ketika ditanya mengenai luahan bekas keaksihnya itu sekadar memberi jawapan ringkas berhubung perkara berkenaan.
“Saya faham awak ditugaskan untuk bertanyakan tentang perkara ini tetapi saya minta maaf, saya tiada apa-apa nak komen berhubung perkara itu,” katanya.
Zizan ditemui sebaik sahaja selesai mengacarakan program Akademi Fantasia 2016 (AF2016) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam Ahad.
Terdahulu, Emma menerusi rakaman video terbitan sebuah portal berita meluahkan rasa terkilan apabila Zzian seringkali mengaitkan namanya ketika mengacarakan majlis.
"Kami sama-sama dah move on, jadi kenapa setiap program yang dia ada mesti nak kena ‘bahan’ (mempersendakan) saya. Memanglah kadang-kadang tak sebut (nama) tapi orang semua tahu ianya seperti dituju kepada saya.
"Saya pun dah tutup mulut tetapi sampai sekarang ni (dia) masih nak ‘bahan’ saya dan saya rasa perkara itu tidak bagus sebab saya dan keluarga saya pun ada perasaan juga," katanya seperti dipetik dalam rakaman video berkenaan.
Dalam perkembangan sama, ditanya tidakkah Zizan risau perkara itu akan lebih berpanjangan, pemuda itu dengan senyum sambil menggeleng kepala berkata, “saya tak nak komen apa-apa... maaf.
Sementara itu, pelakon filem Polis EVO ini juga dilihat memberi reaksi seperti kurang selesa sebelum bergegas meminta kebenaran untuk ke belakang pentas selepas selesai AF2016.
Dalam perkembangan lain, pada konsert suku akhir AF2016 kali ini, dua pelajar iaitu Ikram Dan Asha diumumkan sebagai pelajar tersingkir pada konsert minggu keenam yang membawa tema medley sekali gus menjadikan pelajar lain untuk bersaing pada konsert minggu seterusnya seramai tujuh orang.
Pelajar yang masih kekal adalah Afi, Ara, Rahila, Reshma, Amir, Zarol, dan Amal.
Konsert AF2016 disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan saluran serentak Ria HD (saluran 123) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: