Wednesday, September 21, 2016

Taecyeon Mengaku Sukakan Park Shin Hye




Taecyeon mengakui secara terbuka menyukai aktres Park Shin Hye yang popular menerusi drama bersiri Doctors.
PENYANYI Taecyeon secara terbuka mengakui menyukai pelakon Park Shin Hye ketika ke udara menerusi program radio Choi Hwa Jung Power FM.
Anggota kumpulan 2PM itu turut mendedahkan dalam wawancara itu dia pernah menghantar minuman kegemaran pelakon ketika Shin Hye sedang menjalani penggambaran drama bersiri Doctors.
Park Shin Hye.
Malah dia mengakui pernah bertemu dengan Shin Hye dalam satu program baru-baru ini dan sempat berbual dan bertanya khabar.

"Siapa yang tidak menyukainya? Dia sangat cantik dan saya pernah menghantar kopi kegemarannya ke set penggambaran sebagai tanda saya menyukainya.

"Bagaimanapun ada ramai lagi yang berbuat demikian," katanya seperti dilaporkan Allkpop.

Dedahnya lagi, ketika menghantar kopi berkenaan dia sempat menyelit nota kepada aktres itu memberitahu dia menyukai lakonannya dalam drama Doctors.

Selain itu, Taecyeon berkata, dia juga mengajak Shin Hye untuk bertemu sekiranya berkelapangan.

"Saya berharap anda sukakan kopi berkenaan dan jika berkelapangan saya harap kita dapat bertemu. Anda sangat cantik," katanya dalam nota berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: