LEBIH 35 tahun menyimpan hasrat, tiga legenda tanah air, Man Kidal, Ella dan Raihan akhirnya bergabung dengan melancarkan kelab, 'mylegend' hari ini demi peminat setia mereka.
Man Kidal menyifatkan sudah tiba masanya kelab itu ditubuhkan sebagai menghargai peminat-peminat yang tanpa jemu menyokong mereka selama ini.
"Ini adalah hasrat saya untuk peminat yang tanpa jemu menyokong. Sudah tiba masa untuk saya dekati mereka.
"Jauh perjalanan kami, mungkin sudah tiba masa untuk kita buat penjenamaan semula," katanya pada sidang media, di Shah Alam, hari ini.
Menurut Man Kidal, 'mylegend' bukan sahaja untuk peminat mendekati mereka malah ia turut menjadi platform untuk tiga legenda itu memasarkan produk keluaran masing-masing.
"Sebenarnya ini (tiga legenda) permulaan. Kita buka pintu untuk sesiapa sahaja rakan artis lain yang sudi bersama kita. Ini landasannya," katanya.
Menurutnya, seiring perubahan zaman dengan kemajuan teknologi, beliau yakin 'mylegend' bakal memberi impak kepada mereka.
"Zaman dulu 'fanclub' tak dapat buat. Macam-macam halangan dahulu. Tapi sekarang tak sama.
"Saya rasa ia akan ada impak. Kadang-kadang ada rakan-rakan artis kata album tak dapat jual, saya tak percaya. Kalau ada pengurusan yg baik, ia akan mampu jual," katanya.
Sementara ratu rock, Ella akui terharu dengan ajakan Man Kidal untuk bersama-sama dalam 'mylegend'.
"Pada Ella, mylegend ini unik dan 'mahal'," katanya.
Kumpulan nasyid terkenal, Raihan pula menafikan mereka telah sudah tidak aktif lagi sebaliknya menegaskan lagu-lagu nasyid masih mendapat tempat di hati peminat.
"Nasyid walaupun orang kata sudah berkurangan tapi tiap tahun penyanyi nasyid ada keluarkan album.
"Kita pun akan ada siri jelajah ke UK dari London sampai ke Scotland," kata anggota Raihan, Abu Bakar Md Yatim.
Malah beliau yakin gabungan di bawah 'mylegend' bakal membantu perjuangan nasyid dan perniagaan mereka.
Selain diskaun untuk semua produk, peminat yang mendaftar dengan 'mylegend' bakal berpeluang menikmati pelbagai keistimewaan termasuk melancong ke Eropah bersama tiga legenda dengan menaiki jet peribadi disediakan pihak pengurusan.
Pihak 'mylegend' mensasarkan lebih sejuta keahlian menjelang 2017.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: