Wednesday, September 21, 2016

Penyampai Berita Dikenakan Tindakan Disiplin Kerana Tiffany (SNSD)




Tiffany menerima pelbagai kritikan gara-gara memuat naik gambar bendera Jepun pada Hari Kebangsaan Korea Selatan baru-baru ini.
SEORANG penyampai berita dikenakan tindakan disiplin gara-gara mempersendakan Tiffany (SNSD) ketika sedang bersiaran secara langsung.
Soompi melaporkan Kim Myung Joon memberi komen berbaur sindiran dengan memberi ucapan tahniah kepada Tiffany kerana lebih menyukai negara Jepun berbanding Korea Selatan berikutan kontroversi melanda penyanyi itu.

Berikutan itu lelaki berkenaan yang bertugas di stesen MBN diberi amaran oleh pihak Lembaga Penapisan Program Korea Selatan.

Bagaimanapun Myung Joon secara terbuka memberitahu dia tidak akan meminta maaf atas komennya itu walaupun telah diberi amaran.

Lembaga itu juga dalam satu kenyataan telah memberi amaran keras kepada beberapa lagi program hiburan dan berita melaporkan tentang kontroversi melibatkan Tiffany.

Terdahulu Tiffany dikritik hebat oleh peminat di Instagram selepas memuat naik bendera negara Jepun pada sambutan Hari Kebangsaan Korea bulan lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: