NAMA Anita Baharom sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Mula mencipta nama menerusi drama bersiri Dunia Baru, Anita sememangnya seorang pelakon yang disegani ramai.
Drama tersebut jugalah yang menaikkan nama Anita di pentas lakonan di mana drama tersebut mendapat sambutan.
Peminat mungkin tidak akan melupakan telatah Opie, Adif, Tajol, Madihah dan beberapa rakan mereka. Di samping mereka, anda mungkin tidak akan melupakan watak Anizah yag dilakonkan Anita Baharom.
Watak Anizah berjaya dibawa secara berkesan oleh Anita sehingga dia menerima pelbagai tawaran untuk berlakon dalam beberapa drama dan filem.
Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Anita, 33, dilihat kurang tampil baik di skrin televisyen ataupun pawagam.
Ditanya empunya diri, Anita berkata, buat masa ini dia lebih menumpukan perhatiannya terhadap urusan keluarganya.
“Semasa saya mempunyai seorang anak, saya masih mampu lagi membawanya ke set penggambaran kerana anak sulung saya tidak terlalu aktif dan mendengar kata.
“Namun, selepas mempunyai tiga anak, saya tidak mampu lagi untuk membawa kesemua mereka ke set penggambaran,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, dunia lakonan tetap berada di hatinya memandangkan dia sudah melakonkan beberapa drama dan filem.
Menurutnya, selepas mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Mohd Ismadi Ismail, dia sudah melakonkan dua drama iaitu Qanun 99 dan Keluarga Iskandar.
“Minat saya dalam dunia lakonan sangat mendalam. Bayangkan dalam drama Keluarga Iskandar, saya meminta ihsan daripada pengarah drama tersebut untuk menjadikan rumah saya sebagai lokasi penggambaran memandangkan saya teringin sangat untuk berlakon.
"Akhirnya, pengarah tersebut bersetuju dan saya sangat berterima kasih kepadanya. Selain itu, saya berlakon dalam drama Qanun 99. Walaupun hanya berlakon dalam satu episod, saya tetap gembira dan puas kerana sangat rindu untuk berlakon,” katanya.
Setelah memiliki tiga permata hati, Syifa Dhia Nurina, 9, Mohamad Dhia Iskandar, 5, dan Mohamad Dhia Mikail, 2, dia agak sedikit memilih watak sekiranya ditawarkan oleh pengarah.
Anita menjelaskan, perkara sedemikian perlu dilakukan untuk menjaga batas serta statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.
“Sekiranya diberi pilihan, saya mahu berlakon di dalam drama komedi kerana ia tidak terlalu penat jika dibandingkan dengan melakonkan drama atau filem serius.
“Kalau saya diberikan sedikit babak dalam sesebuah drama pun, saya tidak kisah. Ia sudah memadai kerana saya suka sangat berlakon,” katanya dengan penuh semangat.
Inspirasi Anita Baharom
Semasa menghilang seketika daripada dunia lakonan, secara diam-diam Anita sebenarnya cuba berjinak dalam dunia perniagaan.
Dia telah memulakan perniagaan sejak dua tahun lalu dengan menubuhkan syarikat yang dinamakan sebagai Inspirasi Anita Baharom.
“Bagi produk sendiri, saya menjual tudung dan jubah. Saya turut menjual beberapa produk kesihatan yang daripada syarikat lain yang saya sendiri cuba dan berkesan terhadap saya,” katanya.
Bisnes ini tidak beroperasi secara besar-besaran memandangkan Anita dan suaminya sahaja yang menjalankan perniagaan tersebut.
Anita berkata, dia sangat bersyukur kerana setiap barang sentiasa habis dalam jangka masa yang singkat.
“Saya tidak mengambil stok tudung yang banyak. Tetapi, alhamdulillah kesemuanya berjaya dijual dengan cepat dan kini saya mempunyai pelanggan tetap yang mahu membeli produk saya,” katanya.
Pada Ramadan lalu, Anita turut berniaga popia nestum berdasarkan tempahan pelanggan.
Anita kini dalam proses memikirkan untuk mencipta minyak wangi tersendiri untuk masa akan datang.
“Namun, sebelum itu, saya mahu mengikuti kelas perniagaan untuk belajar selok-belok dunia perniagaan memandangkan saya belum betul-betul mahir dalam bidang ini.
“Saya berharap, satu hari nanti, saya berkesempatan untuk menghadiri mana-mana kelas perniagaan yang dianjurkan oleh mana-mana pakar perniagaan,” katanya.
Belajar agama
Sejak mengenakan hijab, Anita kini mula mendekati Islam dengan mempelajari agama serta membaca al-Quran.
Katanya, dia selalu mengikut kelas usrah yang dikenali sebagai Usrah Fitrah yang diadakan di Wangsa Melawati pada setiap malam Isnin.
“Kalau berkesempatan, saya akan bawa seluruh keluarga saya untuk menghadiri kelas berkenaan. Pada masa sama, saya akan menjemput seorang ustaz untuk mengajar kami sekeluarga membaca al-Quran di rumah pada setiap Selasa.
“Ini adalah salah satu cara bukan saya sahaja, malah seluruh keluarga kami untuk mendekati dan memahami Islam. Semoga apa yang kami lakukan ini, ALLAH SWT mendekati lagi diri kami dengan-NYA,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: