DUTA Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) bagi Malaysia, Upin dan Ipin, menaikkan nama negara ini apabila dipaparkan dalam projek video terbaru Unicef, 'Imagine', yang dilancarkan pada Jumaat.
Dua watak animasi paling popular di Malaysia itu muncul dalam video berkenaan bersama-sama duta Unicef lain dalam versi terbaru lagu ikonik John Lennon, Imagine.
Projek itu dihasilkan untuk mengajak masyarakat dari semua negara meminjamkan suara mereka untuk kanak-kanak dari serata dunia.
"Orang dari lebih 140 negara memberi respons," menurut video berdurasi tiga minit itu yang boleh ditonton melalui portal http://vast.am/imagine.
Selain Upin dan Ipin, video itu juga mengandungi tokoh dan artis berpengaruh seperti Duta Unicef, Katy Perry, Shakira dan Priyanka Chopra serta bintang dalam dunia muzik, sukan dan filem seperti Neymar Jr., Will.i.am dad Idris Elba.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: