ANAS Farhan Sharuddin, 27, menjuarai pertandingan Bintang Klasik Kaseh anjuran Radio Klasik, baru-baru ini. Peserta dari Selangor ini berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi dan sijil, selain turut memenangi kategori Persembahan Terbaik.
Tuah ternyata menyebelahinya dengan menyanyikan lagu solo, Keluhan Perantau yang sebelum ini dipopularkan oleh Datuk Jamal Abdillah. Sementara untuk lagu duet pula, Anas memilih lagu Bercanda Di Pasiran Pantai bersama Zehra Zambri.
Menurutnya, dia tidak menyangka malam ini namanya dinobatkan sebagai juara.
“Sorakan dari penyokong sebenarnya membuatkan saya lebih gemuruh. Namun saya cuba lakukan yang terbaik tanpa memikirkan soal kalah menang. Selebihnya saya berserah kepada ALLAH SWT,” ujarnya yang merupakan seorang tentera darat dan penyanyi sambilan Kombo ATM.
Naib juara pula disandang oleh Noor Amierazatyka Ayob,21, yang berasal dari Johor dengan persembahan lagu Wajah Siapa Di Hatimu secara solo dan Kehebatan Cinta secara duet bersama Rizal Ahmad, Juara Bintang Klasik. Beliau membawa pulang wangtunai RM25,000 berserta trofi dan sijil.
Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Faizal Mohd Hassan,35 dari Pulau Pinang dengan membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi dan sijil. Beliau yang merupakan peserta paling senior telah mendendangkan lagu Bunga Pujaan dan lagu
Seiring Sejalan bersama Salwa Abd Rahman.
Tiga lagi peserta lain masing-masing menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai RM6,000 berserta trofi dan sijil. Malam Kemuncak Bintang Klasik Kaseh menyaksikan enam peserta akhir dari seluruh Malaysia berentap untuk merebut gelaran juara.
Pertandingan akhir ini diadili barisan juri profesional yang terdiri daripada SAtan, Dato’ Yusni Hamid, Lokman Aziz dan Hadi Maswardy dari Orkestra RTM.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: