ASTRO Bella membawakan sebuah program menarik iaitu Taste Selebriti berkonsepkan food-travelogue dengan menampilkan 13 selebriti popular tempatan yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing berkongsi kisah makanan tradisi, makanan unik serta juadah yang terkenal di negeri mereka.
Taste Selebriti menjanjikan pengembaraan makanan menarik yang pastinya membuatkan penonton teruja terutamanya apabila melihat gelagat para selebriti menikmati juadah-juadah pilihan mereka.
Antara selebriti terlibat ialah Neelofa (Kelantan), Kamal Adli (Pahang), Ayu Raudhah (Kedah), Izreen Azminda (Perlis), Syatilla Melvin (Pulau Pinang), Zizan Razak (Terengganu), Mawi (Johor), Aril (Melaka), Sari Yanti (Negeri Sembilan), Fattah Amin (Selangor), Marsha Milan Londoh (Sabah), Hafiz Suip (Sarawak) dan Raja Ilya (Perak).
Setiap episod akan memaparkan tiga atau empat jenis hidangan menarik di samping tips perihal tempat-tempat makan hebat sekitar negeri kelahiran selebriti itu sendiri.
Selebriti tersebut juga bertindak sebagai hos untuk mengemudi episod yang didedikasikan khas buat mereka.
Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata, Malaysia cukup terkenal dengan kepelbagaian makanannya yang sering menjadi tarikan pelancong di seluruh dunia.
"Idea untuk menghasilkan Taste Selebriti adalah dengan membawa penonton mengenali lebih dekat makanan-makanan tradisi dan unik yang cukup menarik dari setiap negeri di seluruh Malaysia.
"Setiap episod terbahagi kepada tiga segmen di mana segmen pertama kita akan berkongsi makanan kegemaran artis itu, kedua makan unik di tempat atau negeri kelahiran mereka dan ketiga makanan atau restoran popular di negeri atau tempat mereka.
"Untuk segmen ketiga, kebanyakan tempat kita buat kaji selidik dan ada juga yang dicadangkan oleh artis itu sendiri.
"Paling menarik setiap episod artis itu sendiri yang bertindak sebagai pengacara," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: