PERJALANAN tiga pelajar Akademi Fantasia (AF2016) bagi menempatkan diri ke suku akhir konsert minggu hadapan tidak kesampaian apabila nama mereka diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir pada minggu kelima, Ahad lalu.
Nama tiga pelajar yang disingkirkan iaitu Jasper (Jasper James Supayah), Riana (Isyariana Che Azmi) dan Emy (Zahrul Hilmi Badrul Hisam) diumumkan sebelum konsert bermula menjadi antara kejutan program realiti itu yang dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD jam 9 malam setiap Ahad.
Mengulas mengenai penyingkiran tiga pelajar sekali gus, Raqim Ahmad selaku Pengurus Saluran Astro Ria seperti yang dipetik berkata; “Kita membuat keputusan untuk menyingkirkan tiga pelajar kerana berasakan mereka telah banyak diberi ruang dan masa untuk menyerlahkan bakat melalui AF 2016.
“Masa yang diberikan kepada peserta dan peminat yang mengundi juga wajar digunakan sebaik mungkin dan keputusan hari ini adalah keputusan peminat dan kami akur dengan keputusan ini.
“Harapan kami semoga penonton terus setia menyokong perjuangan kesemua pelajar yang masih bertanding.”
Sementara itu, Emy yang sebelum ini diserap masuk pada minggu ketiga selepas memenangi pertandingan JoHaRockstar mengakui berasa ralat apabila namanya diumumkan sebagai antara pelajar tersingkir pada malam tersebut.
“Jujurnya saya rasa ralat kerana belum sempat mempersembahkan bakat buat penonton. Apapun saya faham kerana baru diserap masuk dan pastinya undi saya agak rendah berbanding pelajar sedia ada yang sudahpun mempunyai kelompok peminat sendiri.
“Yang pasti saya tidak akan menjadikan penyingkiran ini sebagai penamat dalam perjalanan kerjaya seni yang baru saja bermula,” katanya optimis.
Terdahulu, minggu kelima konsert yang mengangkat tema Idola menyaksikan rata-rata pelajar yang bersaing sudah mulai mempamerkan taring dan bakat masing-masing bagi meraih undi seterusnya mencerahkan peluang untuk mara ke peringkat akhir pada 9 Oktober depan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: