ANGGOTA kumpulan T-ara iaitu Soyeon dilaporkan sedang hangat bercinta dengan atlet dari Jepun iaitu Shota Tezuka.
Soompi melaporkan pasangan itu mula bercinta sejak Julai lalu selepas beberapa bulan berkenalan melalui rakan mereka.
"Soyeon meminati sukan wakeboard yang kebetulan Shota adalah atlet profesional dalam bidang tersebut.
"Sukan itu telah menyatukan mereka selepas diperkenalkan oleh seorang rakan," kata sumber.
Terdahulu, Soyeon pernah bercinta dengan pelakon dan penyanyi Oh Jong Hyuk namun mengumumkan perpisahan mereka pada awal tahun ini.
Sejak itu, Shota sering menjadi tempat Soyeon mengadu masalah dan lelaki berkenaan banyak membantu dia mengharungi saat sukar selepas berpisah dengan Jong Hyuk.
Bagaimanapun syarikat pengurusan penyanyi itu, MBK Entertainment tidak dapat mengulas mengenai perkara itu buat masa ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: