PENYANYI dan penghibur berbakat, Faizal Tahir baru-baru ini meraikan anak-anak yatim termasuk mereka yang kehilangan ibu bapa dalam tragedi bencana tsunami yang melanda Indonesia 12 tahun yang lalu.
Faizal dan peserta kembara tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda Banda Aceh pada 15 September yang lalu dan telah disambut oleh barisan pimpinan PKPMI Cawangan Aceh.
Mereka juga diraikan oleh mahasiswa mahasiswi Malaysia di Rumah Kegiatan Mahasiswa Malaysia di Banda Aceh dalam satu majlis “Sharing Moment Bersama Faizal Tahir.”
Faizal Tahir juga berkongsi pengalaman sepanjang beliau melakukan misi kemanusiaan ini yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar dapat memupuk nilai kemanusiaan dan sikap saling membantu.
Program tersebut juga diharap memberi kesedaran kepada masyarakat agar dapat memupuk nilai kemanusiaan dan sikap saling membantu.
Katanya, usaha seperti ini perlu diteruskan bagi mereka yang berkemampuan untuk menyalurkan bantuan dalam bentuk apapun kerana Islam itu bersaudara selain cuba memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat.
“Misi Kembara Kemanusiaan yang dijalankan ini bukan sahaja menjadi platform persaudaraan dan berkongsi kegembiraan, malahan turut membawa bersama misi bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
“Sebagai saudara seagama, kita sewajarnya mengambil peduli dan membantu samada melalui sumbangan atau setidaknya kita sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka,” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: