GUIZHOU – CHINA. Penduduk di bahagian selatan Guizhou telah mengambil inisiatif sendiri bagi membuka sebuah sekolah rendah di dalam gua untuk pelajar-pelajar di sini.
Difahamkan, sekolah di Zhondong ini telah dibuka sejak tahun 1984 dan mempunyai seramai lapan orang guru bagi mengajar 186 orang pelajar untuk diberikan pendidikan kepada mereka.
Penduduk Zhongdong hidup di dalam gua kerana tidak mempunyai banyak pilihan memandangkan kawasan itu mempunyai ketinggian 1800 meter di atas permukaan laut dan memerlukan pendakian selama kira-kira satu jam untuk ke sana.
Selain itu, beberapa struktur seperti bilik darjah kayu dan gelanggang bola keranjang turut dibina sendiri oleh penduduk setempat di sekolah tersebut.
Walaupun sekolah itu terletak di kawasan pendalaman, namun para pelajar pastinya memperoleh manfaat di samping dapat menghirup udara segar berbanding sekolah-sekolah di bandar.
Seorang bekas guru besar di sekolah tersebut turut menyifatkan kawasan persekitaran di sana sebagai sempurna bagi pembelajaran dalam bidang geologi.
Namun begitu, sekolah tersebut terpaksa ditutup pada tahun 2011 selepas kerajaan menyatakan bahawa ‘China bukannya terdiri dari masyarakat gua’.
Kini, para pelajar di sana perlu menempuh perjalanan selama dua jam pada setiap hari untuk ke sekolah berdekatan.
Setiap aktiviti yang dilakukan oleh penduduk di sini dilakukan di dalam gua antaranya adalah menternak, melakukan hasil kerja tangan dan bersenam.
Walaupun akses kepada dunia luar terbatas, penduduk di Zhongdong masih bertegas untuk mempertahankan penempatan mereka.
Masyarakat lama di sini telah berusaha untuk melobi kerajaan bagi membolehkan jalan penghubung dapat dibina di daerah tersebut bagi memudahkan penduduk di sini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: