SIAPA sangka, perkenalan singkat Saharul Ridzwan Mohd Hashim, 27, dan Qaabila Deena Mohamed Akif Emir, 28, di laman Facebook ketika masing-masing masih di usia remaja akhirnya menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri.
Pasangan dua sejoli ini selamat diijab kabul bapa pengantin perempuan hanya dengan sekali lafaz di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya, pagi Jumaat lalu. Pengantin lelaki menghadiahkan mas kahwin RM300 beserta lima dulang barang hantaran berbalas tujuh. Sementara jumlah wang hantaran pula dirahsiakan atas permintaan pengantin dan keluarga.
Majlis pernikahan dua mempelai ini diadakan secara tertutup dengan dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja. Sementara majlis resepsi pula berlangsung meriah pada sebelah petangnya di Dewan Sri Siantan, Putrajaya.
Mengulas tentang hari bahagianya itu, Saharul bersyukur apabila hasratnya untuk menyunting Deena sebagai isteri akhirnya menjadi kenyataan.
“Alhamdulillah akhirnya kami disatukan sebagai pasangan suami isteri. Tiada apa yang lebih menggembirakan hati saya apabila perancangan kami berdua berjalan lancar dengan izin ALLAH. Saya mengharapkan agar fasa baru yang bakal saya lalui bersama isteri nanti akan lebih mematangkan kami berdua,” ujarnya yang segak mengenakan persalinan dari Wrap Boutique House milik isterinya.
Sementara itu, Deena turut berkongsi rasa lega dan gembiranya apabila dia kini sah menjadi isteri kepada Saharul yang menepati ciri lelaki impiannya.
“Saharul melamar saya secara tiba-tiba setelah pertemuan kembali kami sekitar Januari lalu. Walaupun terkejut dengan tindakannya itu, saya suka melihat keberanian dan kesungguhannya untuk memperisterikan saya. Alhamdulillah, hari ini kami berdua selamat diijab kabul. Siapa sangka perkenalan yang bermula di laman Facebook berpanjangan dan mengikat jodoh kami berdua,” luah Deena.
Keluarga restu
Mengimbas kembali perkenalannya dengan isteri, kata Saharul, mereka kenal sejak empat tahun lalu ketika dia masih belum menceburi bidang seni lagi.
“Ketika kami mula berkenalan dulu, saya bukanlah siapa-siapa. Namun Deena ikhlas nak berkawan dan menerima saya seadanya. Kami lama tidak berhubung selepas masing-masing sibuk dengan kerja. Namun, pertemuan ketika sambutan hari jadinya pertengahan Januari lalu membuka cerita lain antara kami.
“Keluarga terutama ibu gembira apabila saya suarakan hasrat untuk memperisterikan Deena kerana mereka telah mengenalinya sebelum ini. Segalanya dipermudahkan sehingga perancangan untuk majlis kami ini berjalan lancar,” kata Saharul.
Berkongsi keistimewaan isteri yang membuatkan dirinya jatuh hati, Saharul menyifatkan wajah isterinya itu sering memberi ketenangan buatnya.
“Tiada sebab lain melainkan saya sentiasa rasa tenang setiap kali melihat wajahnya. Kami kebetulan dilahirkan pada bulan yang sama iaitu Januari. Jadi banyak perangai atau sikap kami yang sama. Mungkin ia juga sebab yang menjadikan kami mudah serasi,” akuinya.
Pikul tanggungjawab baru
Meskipun isteri tidak pernah mencampuri urusan kerjaya seninya, apatah lagi meletakkan syarat tertentu untuk dirinya selepas bergelar suami, kata Saharul, dia sendiri sedar tanggungjawab baru dipikulnya.
“Insya-ALLAH saya cuba jadi lelaki dan suami terbaik untuk isteri. Saya harap dapat memikul tanggungjawab baru ini dengan sebaik mungkin. Kalau dulu, apa sahaja yang saya lakukan hanya akan melibatkan keluarga saya sahaja, namun ia kini akan turut melibatkan isteri dan keluarga mertua.
“Jadi saya harus lebih bertanggungjawab kepada semua orang. Malah saya juga harus lebih matang dalam menangani kehidupan saya selepas ini,” tegasnya.
Ditanya destinasi percutian bulan madu mereka, pasangan ini mengakui belum memutuskan. Namun pada masa sama Saharul ada membayangkan hasrat membawa isterinya mengerjakan umrah.
Menyentuh soal anak, baik Saharul mahupun Deena menyerahkan perkara itu kepada rezeki dan ketentuan ALLAH.
“Kami berdua memang suka budak-budak dan semestinya cukup gembira jika rezeki menimang anak datang awal,” kata Saharul.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: