PELAKON Ruzana Ibrahim mengakui tidak mudah untuk dia menempatkan diri dalam bidang seni. Meskipun bakat yang menjadi sandaran utamanya, laluannya tetap berliku dan mengambil masa yang lama untuk dikenali.
Pun begitu, anak kelahiran Kuala Lumpur ini tidak pernah berputus asa, sebaliknya sentiasa tampil terbaik dalam apa juga yang dilakukannya.
“Kalau diikutkan, sebenarnya saya tidak pernah merancang untuk membina kerjaya dalam bidang ini. Namun minat yang mendalam pada seni telah membawa saya ke sini.
“Bermula dengan uji bakat yang saya hadiri secara suka-suka untuk pementasan Puteri Gunung Ledang sekitar 2006 dulu, siapa sangka saya terus berada di sini sehingga hari ini.
“Saya kira diri bernasib baik kerana ketika mula terlibat dalam bidang seni, saya berpeluang bekerja dengan nama-nama yang besar dalam industri. Bakat serta kualiti kerja menjadi pegangan utama mereka dan ia sedikit sebanyak telah mempengaruhi perjalanan seni saya selepas itu.
“Terima kasih kepada Infiniti Production (milik Datin Sri Tiara Jacquelina) yang banyak menyuakan peluang kepada saya untuk melebarkan bakat,” katanya.
Tidak dinafikan, semenjak akhir-akhir ini namanya kian menjadi sebutan. Bukan hanya di kaca televisyen tetapi juga menerusi lakonan pentas.
Terbaru, penampilannya menerusi teater muzikal Mencari Sumaiyah yang dipentaskan di Istana Budaya baru-baru ini berjaya menarik perhatian peminat. Persembahannya cukup mempesonakan dan terlihat begitu serasi di pentas.
Mungkin ramai yang tidak tahu lakonan pentas sebenarnya bukanlah asing buat pelakon tinggi lampai ini. Malah dia sebelum ini pernah terlibat dengan pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical, P Ramlee The Musical, Dream Girls Broadway Musical, The Secret Life Of Nora, Seussical The Musical, Short & Sweet Musical dan lain-lain.
“Saya memang meminati lakonan pentas terutamanya persembahan muzikal. Ini kerana saya bukan sahaja dapat berlakon, tetapi dalam masa yang sama menari dan menyanyi. Ketiga-ketiga elemen itu sangat kuat dalam diri saya membuatkan saya begitu selesa dan seronok berada di pentas.
“Pada mulanya ada yang menyangka saya mempunyai latar belakang pendidikan secara formal dalam bidang ini, namun sebenarnya tidak. Saya belajar sendiri dan menimba pengalaman ketika bekerja dalam industri.
“Bermula daripada tidak tahu apa-apa, sehinggalah kepada apa yang saya miliki kini. Dalam soal ini, saya kira minat mengatasi segala-galanya,” akuinya jujur.
Bersandar pada bakat
Tidak hanya di pentas, kelibat Ruzana juga sering kelihatan di kaca televisyen menerusi drama lakonannya. Kemampuan membawakan pelbagai jenis watak membuatkan ramai pengarah mahupun penerbit yang senang bekerjasama dengannya.
Antara drama lakonannya ialah Cinta 100kg, Tuan Anas Mikail, Persona Sukma, Tari Tirana dan sebagainya.
“Sebenarnya ada yang ingat saya bakat baru dalam dunia lakonan, namun hakikatnya saya telah 10 tahun dalam bidang ini. Jujurnya, saya tidak kisah pun jika lambat dikenali berbanding orang lain kerana percaya pada rezeki masing-masing.
“Saya menceburi bidang seni kerana didorong oleh minat dan bukan sebab yang selainnya. Jadi tumpuan dan perhatian saya hanya kepada kerja.
“Meski ada yang merasakan gosip perlu untuk menaikkan nama seseorang, saya tidak pernah melihat mahupun terarah kepada perkara itu.
“Ini kerana sejak dari dulu lagi saya sentiasa percaya bahawa bakat seharusnya menjadi perkiraan utama,” tegasnya yang cukup petah dan bijak menyusun kata.
Mengimbas perjalanan kerjaya seninya, Ruzana sebelum ini juga turut dikenali sebagai penyanyi menerusi penglibatannya sebagai anggota kumpulan Luscious bersama Nadiah Aqilah dan Eenaz Mokhtar. Malah mereka pernah tampil dengan single, Khabarkan.
“Selain pernah menyertai Gangstarz (2007), kami juga sering tampil dengan pelbagai persembahan gig dan sebagainya.
“Namun ketika itu Luscious yang membawakan genre muzik R&B (Soul) tidak begitu mendapat peluang untuk ke depan. Jadi selepas beberapa tahun, kami beralih haluan.
“Saya muncul dengan beberapa projek solo termasuk tampil berkolaborasi dengan kumpulan Dynda dari Singapura menerusi lagu Bebaskan Dirimu.
“Malah pernah juga mendapat peluang menyanyikan lagu tema drama lakonan saya, Persona Sukma. Bagaimanapun, saya sekarang lebih menumpukan perhatian kepada dunia lakonan. Nyanyian kini hanya untuk pementasan muzikal,” katanya.
Berkongsi tentang perkembangan terbarunya, selain bakal muncul dengan drama Kg Semarah Padi dan Isteri Tuan Ihsan, filem kedua lakonannya, Kanang Anak Langkau juga akan menjengah pawagam Disember depan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: