RANTAU PANJANG – Seorang warga emas berbangga apabila memiliki 10 keping wang kertas Board of Commissioners of Currency Malaya cetakan 1 Julai 1941.
Abdullah Muhammad, 67, berkata, dia yakin wang itu bernilai tinggi kerana dijaga arwah ibunya, Zainab Awang Ngah dengan baik sebelum ini.
Menurutnya, cetakan juga masih jelas menunjukkan ‘nota ini adalah sah diperlakukan sebanyak 10 sen di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu’ dan ditulis dalam bahasa Inggeris serta jawi.
Katanya, walaupun warna semakin luntur, namun masih menampakkan kesan warna ungu kebiruan, merah dan hijau gelap.
“Wang ini mungkin diberi arwah datuk atau nenek kerana ketika cetakan wang kertas dibuat, arwah ibu baru saja mencecah usia 10 tahun.
“Minat mendalam terhadap barangan antik menyebabkan ibu mengumpul begitu banyak tinggalan sejarah di rumahnya,” katanya.
Bagaimanapun, kata Abdullah, peredaran masa dan bencana banjir di negeri ini menyebabkan sebahagian wang kertas musnah serta hilang.
Tambahnya, selepas kematian ibu, wang tersebut turut dibahagikan kepada adik-beradiknya yang lain.
"Bagi mengelak banjir merosakkan nilai barangan antik ini, saya buat lapisan padu rekat pada semua wang kertas.
"Saya bersyukur kerana minat arwah ibu menyebabkan kami dapat memiliki barang tinggalan sejarah yang sangat bernilai," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: