PERNAH membaca antara novel terlaris karya Ramlee Awang Murshid, Tombiruo: Penunggu Rimba, menyebabkan aktor berkaliber, Faizal Hussein mengakui teruja apabila terpilih menyertai produksi filem adaptasi itu.
Memegang watak sebagai Pondolou, Faizal berkata, biarpun babaknya di dalam filem itu tidak banyak, dia tetap ada dari awal penceritaan hingga akhir.
“Saya pernah baca novel ini dan saya tak nafikan novel Tombiruo ini memang menarik. Apabila dapat tahu novel ini difilemkan saya memang teruja.
“Apabila dapat terlibat dan berlakon serta bekerja dengan Nasir Jani, lagilah saya teruja,” katanya yang terlibat untuk 10 hari penggambaran.
Di dalam Tombiruo: Penunggu Rimba, Pondolou adalah individu pertama yang menemui Ejim dan membesarkan anak tersebut.
Dek kerana dia hanya terlibat untuk 10 hari penggambaran, Faizal seterusnya menerima tawaran daripada Pekin Ibrahim untuk filem kedua arahannya, KL Wangan.
“Biasanya saya memang tidak menerima apa-apa tawaran tapi saya rasa tak adil untuk saya kalau saya tunggu sehingga 60 hari penggambaran walhal saya terlibat untuk 10 hari sahaja.
“Jadi saya terima tawaran Pekin menyertai KL Wangan dan filem ini juga pada pandangan saya amat menarik,” katanya.
Tambah Faizal, biarpun dia lebih berpengalaman daripada Pekin, dia tidak mempunyai masalah bekerja di bawah pelakon tersebut.
“Saya percaya kreadibiliti dan kesungguhannya biarpun saya akui ada yang mempertikaikannya. Pekin tahu apa yang dia lakukan dan dia komited dengan kerjanya.
“Jadi mengapa tidak untuk saya berikan ruang dan peluang kepadanya,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: