APABILA terbitnya lagu I’m Just A Kid pada 2002, kebanyakan stesen radio di seluruh dunia memainkan lagu tersebut berulang kali atas permintaan ramai.
Penangan lagu tersebut begitu hebat hingga melonjakkan nama kumpulan yang memperjuangkan genre punk rock, Simple Plan di seluruh dunia dan populariti meningkat era 2000.
Selepas kejayaan single berkenaan, kumpulan tersebut bersemangat menghasilkan beberapa lagi lagu yang menjadi hit di seluruh dunia antaranya Perfect, Untitled dan Your Love Is A Lie.
Meskipun banyak band seperti ini muncul di seluruh dunia, ia tidak menjejaskan populariti Simple Plan. Malah, kumpulan itu berjaya menambah peminat di kalangan remaja yang lahir pada 2000.
Perkara ini dibuktikan lagi dengan kehadiran Simple Plan ke Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengadakan persembahan di KL Live@ Life Centre sempena siri jelajah Konsert Taking One for the Team Tour 2016.
Memukau
Sorakan peminat yang memanggil band ini sebelum persembahan bermula seolah-olah sebagai signal kehadiran Simple Plan sememangnya dinanti-nantikan.
Dimulakan dengan persembahan jemputan iaitu kumpulan Dva yang dianggotai Juanita Ramayah dan Sher Bflat menyanyikan dua lagu iaitu Kiss From The Roses nyanyian Seal dan That’s How You Know nyanyian Nico & Vinz.
Kira-kira jam 9.20 malam, diiringi ketukan drum, kumpulan itu berjalan ke atas pentas dengan diketuai vokalis, Pierre Bouvier.
Mereka memulakan konsert dengan menyanyikan lagu terbaharu, Opinion Overland dengan kesemua ahli melompat sambil menyanyi dan bermain gitar.
Seperti kebanyakan artis luar negara yang datang ke negara ini, Bouvier turut cuba bertutur dalam bahasa Malaysia dengan mengungkapkan beberapa perkataan.
Paling mencuit tumpuan apabila Bouvier mengungkapkan ayat ‘aku cinta padamu’ dengan beberapa penonton turut membalas ayat sama kepadanya.
Selepas berehat beberapa minit, kumpulan itu kembali membuat persembahan dengan menyanyikan lagu I’d Do Everything.
Interaksi bersama peminat
Lagu Welcome To My Life antara lagu paling dapat sambutan dan kebanyakan penonton turut menyanyi bersama.
Selain menyanyikan lagu sendiri, Simple Plan turut berseloroh menghiburkan pengunjung dengan menyanyikan dua lagu artis lain, iaitu Uptown Funk milik Bruno Mars dan Can’t Feel My Face nyanyian The Weeknd.
Ahli kumpulan Simple Plan yang paling mencuri tumpuan peminat adalah pemain bass, David Desrosiers yang turun ke pentas untuk memberi peluang kepada penonton memetik bass.
Selain bertemu peminat, Desrosiers turut membaling beberapa ‘picks’ gitar kepada beberapa peminat bertuah.
Melihat gelagat Desrosiers, Bouvier turut tidak mahu kalah dengan turun bersalaman dengan peminat semasa menyanyikan lagu Welcome To My Life sambil berswafoto bersama peminat.
Elemen kejutan turut ditampilkan apabila semasa menyanyikan lagu Summer Paradise, beberapa belon bersaiz besar dilontarkan kepada peminat supaya peminat menolak belon tersebut ke arah peminat lain.
Apabila Simple Plan mula menyanyikan lagu I’m Just A Kid, suasana KL Live lebih gegak gempita dengan penonton menyanyi sambil melompat-lompat.
Setelah habis menyanyikan lagu This Song Save My Life, peminat menjerit membuat permintaan supaya Simple Plan menyanyikan Perfect.
Akhirnya, impian mereka direalisasikan apabila Bouvier keluar dengan membawa gitar akustik, menyanyi seorang diri di atas pentas.
Kesempatan itu diambil Desrosiers apabila meluru masuk ke tempat penonton untuk bermesra sambil berswafoto bersama beberapa peminat bertuah.
Semasa Bouvier mendendangkan lagu itu di pertengahan, barulah kesemua ahli kumpulan kembali ke pentas bermain alat muzik masing-masing.
Sebelum mengakhiri persembahan, Bouvier melahirkan rasa gembira dengan sambutan penonton di Kuala Lumpur adalah terbaik daripada semua jelajah konsert yang pernah dibuat oleh Simple Plan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: