Thursday, September 29, 2016

Sherry Alhadad Gusar Gagal Pikat Penonton Di Anugerah Planet Muzik



Sherry Alhadad tampil dalam program travelog terbaharu iaitu Extreme Roadtrip yang turut menggandingkannya dengan Elfira Loy dan Ardell.
PETALING JAYA: Pelakon Sherry Alhadad gusar penampilan sulungnya sebagai hos di Anugerah Planet Muzik 2016 (APM2016) gagal menarik perhatian memandangkan penonton rancangan itu melibatkan tiga buah negara.
Sherry, 31, berkata, kebimbangan itu wujud kerana besar kemunkinan penonton dari Singapura dan Indonesia tidak memahami mesej cuba disampaikan ketika mengacarakan anugerah itu.

"Ini adalah kali pertama saya tampil sebagai hos APM dan jujurnya saya memang gementar kerana ia adalah acara melibatkan tiga negara.

"Saya bimbang apa yang saya cuba sampaikan penonton tidak dapat memahami kerana ada isu atau lawak yang ditampilkan bukan semua orang dapat mengerti.

"Tetapi ia cabaran untuk saya dalam memastikan perjalanan pada malam itu nanti lancar tanpa sebarang masalah," katanya.
Sherry bergandingan dengan Ardell dan Elfira dalam Extreme Roadtrip.
Ia bakal bersiaran bermula 1 Oktober ini, setiap Sabtu pada pukul 7 malam di saluran Astro Bella (133) dan Mustika HD (134).

APM2016 bakal berlangsung di Singapura pada 30 September ini.

Katanya, dia turut mendapatkan tip daripada pelawak Jihan Muse yang pernah bertindak sebagai pengacara acara sama tahun lalu.

"Jihan banyak beri nasihat dan tips agar saya banyak buat kajian sebagai persediaan selain menjadi diri sendiri," ujarnya.

Sementara itu mengenai Extreme Roadtrip, Sherry berkata, dia tidak menyangka penyertaannya menerusi program itu telah memberinya peluang mencuba aktiviti lasak yang tidak pernah dilakukannya.

Malah kata Sherry, penyertaan Elfira dan Ardell turut menjadi pemangkin semangat buatnya untuk mencuba semua perkara kerana mereka sering memberi sokongan.

"Program ini bukan sekadar travelog tetapi ia turut memaparkan realiti cabaran kami bertiga mencabar diri melakukan aktiviti lasak.

"Saya terima untuk lihat sejauh mana saya boleh dengan fizikal saya dan Alhamdulillah saya berjaya menyelesaikan pelbagai aktiviti lasak," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: