BERMULA sebagai pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) pada 1993, nama Halim Othman atau lebih mesra dengan gelaran HO terus popular dan melekat di ‘minda’ peminat tanah air sebagai seorang pengacara televisyen dan penyampai radio dengan gaya tersendiri.
Sudah pasti beliau merupakan salah seorang selebriti radio dan televisyen berpengalaman luas dan banyak kenangan yang singgah di dalam hidup selebriti berusia 52 tahun ini.
“Saya bermula sebagai pengacara SPM selama tiga tahun, tetapi ketika itu bidang pengacaraan saya buat secara sambilan kerana pada masa yang sama saya bekerja sebagai arkitek selepas tamat pengajian di University of Tennessee, Amerika Syarikat.
“Saya akui kerjaya sebagai arkitek sudah semestinya menjamin masa depan cerah, lagipun saya juga mempunyai lulusan dalam bidang tersebut, namun minat mendalam terhadap dunia penyiaran menyebabkan saya perlu memilih satu daripada dua bidang kerjaya yang jauh amat jauh bezanya,” kata anak kelahiran Kerteh, Terengganu ini.
Akuinya, sokongan yang diberikan ahli keluarga terhadap apa jua minat yang timbul di dalam dirinya menyebabkan dia tidak pernah menyesal memilih dunia penyiaran televisyen dan radio, apatah lagi selepas lebih 25 tahun, pencapaiannya lebih dari cukup untuk dibanggakan.
“Saya bersyukur kerana diberi peluang membuat keputusan masa depan sendiri selain menerima restu daripada ibu dalam mengejar impian diri.
“Keluarga saya boleh dikatakan berfikiran terbuka, syaratnya saya perlu ada ijazah selepas itu saya bebas memilih bidang yang ingin diceburi asalkan ia mendatangkan kebaikan kepada saya,” katanya.
Karier radio bermula
Selepas menimba pengalaman sebagai pengacara SPM, Halim terus melangkah jauh apabila dipilih menjadi hos rancangan Roda Impian yang sememangnya diminati ramai pada 1996.
“Saya lebih dikenali ketika mengendalikan ‘game show’ itu dan program saya sendiri iaitu bual bicara, HO Live pada 2005.
“Kemudian barulah saya terlibat dalam kerjaya sebagai penyampai radio bermula pada 1998 bersama Era FM.
“Kemudian saya menjadi juruhebah di Sinar FM sebelum berada di Suria FM sehingga saat ini. Setakat ini saya gembira kerana memiliki karier seperti yang diimpikan selama ini,” katanya.
Ujarnya lagi, impian sebagai penyampai radio bermula ketika beliau masih kecil di mana radio dianggap seperti kotak ajaib yang mengeluarkan suara-suara lunak dan masih terngiang-ngiang hingga hari ini.
“Saya masih ingat ketika kecil, saya rasa kagum apabila suara penyampai menghiburkan pendengar, ialah melalui radio kita tidak nampak muka, tetapi hanya dengar suara kita boleh jatuh hati.
“Jadi kerjaya sebagai penyampai radio amat istimewa dan sejak itu menjadi impian saya untuk memiliki gelaran sama apabila dewasa tersemat kukuh di hati,” katanya yang menjadikan DJ Mohd Anuar Kamaruddin, Patrick Teoh dan Tengku Mariam Tengku Laksamana Nasir (Kak Yong) sebagai idola pujaannya dalam bidang penyiaran radio.
Halim kini masih menjadi penyampai radio Suria FM yang mengendalikan Grandstrand Suria FM setiap Sabtu dan Ahad bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari memberitahu beliau banyak mempelajari selok-belok dunia pengacaraan daripada nama-nama legenda tanah air seperti Datuk Rahim Razali yang arif dalam bidang sukan.
Sementara itu, Halim berkata, kemunculan ramai pengacara baharu tidak pernah dirasakan menggugat dirinya kerana merasakan setiap individu mempunyai keistimewaan masing-masing.
Bagi Halim, yang penting kejujuran pengisian dalam meyakinkan penonton dan pendengar.
“Dunia pengacaraan menuntut kemahiran yang halus. Lihat saja kerja arwah Datuk Hasbullah Awang dan Datuk Rahim. Kedua-dua figura ini berjaya meyakinkan audiens tentang bakat yang mereka ada.
“Saya kurang bersetuju kalau kita mengangkat individu yang tiada latar belakang dalam bidang pengacaraan untuk mengendalikan acara besar.
“Saya bimbang kalau individu berkenaan hanya akan menjejaskan kredibiliti pengacara sebenar kerana kurangnya kemampuan mereka,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: