INGIN tampil dengan kelainan bagi produk keluaran syarikatnya, Cik Bunga Prima Beauty menghasilkan serum rambut pertama di Malaysia dengan menggunakan kurma menerusi jenama Ajwa Hair.
Pengasasnya, Norlida Mohd Azman berkata, Ajwa Hair dihasilkan bagi mengatasi masalah rambut yang kronik dalam kalangan wanita dan lelaki di negara ini.
“Kebanyakan tonik rambut di pasaran menggunakan herba dan mempunyai bau yang tidak menyenangkan serta mempunyai harga yang agak mahal.
“Ajwa Hair dihasilkan menggunakan kurma Ajwa yang berkualiti, minyak kelapa dara dan abstrak bunga vanila bagi bau yang harum,” katanya yang memperuntukkan RM20,000 bagi modal permulaan.
Menurutnya, serum rambut itu tidak berminyak dan hanya perlu di sembur pada rambut dua kali sehari selepas mandi yang boleh digunakan oleh lelaki dan wanita seawal usia satu tahun.
Norlida berkata, syarikat memilih kurma sebagai bahan utama dalam serum kerana ia mempunyai khasiat untuk rambut antaranya menguatkan rambut, membantu menebalkan struktur rambut dan tidak mudah putus.
Katanya, syarikat yang baharu sahaja beroperasi itu telah mula memasarkan Ajwa Hair pada awal Ogos lalu, menerusi jualan atas talian (online) dan ejen.
“Kami mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna dengan menjual 500 unit dalam tempoh satu hari bagi pengeluaran pertama.
“Bagi pengeluaran kedua, kami telah menjual 300 unit dalam tempoh dua hari sahaja, yang mana telah mencatat jumlah jualan keseluruhan 1,000 dalam masa satu minggu,” katanya.
Menurutnya, dengan sambutan di luar jangka itu, pihaknya menyasarkan untuk meningkatkan jumlah jualan sehingga 200,000 unit dalam masa sebulan.
Beliau berkata, peningkatan itu didorong penambahan ejen sedia ada sebanyak 12 orang ke seluruh negara pada masa akan datang.
Norlida berkata, Cik Bunga Prima Beauty merancang untuk mempunyai ejen dan stokis di setiap daerah.
Mengulas lanjut berhubung perancangan syarikat, Norlida berkata, pihaknya turut berhasrat ke pasaran luar negara sekiranya mempunyai peluang.
“Kami sudah mempunyai pelanggan di Brunei dan Singapura. Kami mahu lihat dahulu permintaan di negara itu, sekiranya ada permintaan yang tinggi, Ajwa Hair akan memasuki pasaran kedua-dua negara dalam tempoh tiga atau empat bulan akan datang,” katanya
.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: