PENYANYI Lady Gaga memberitahu dia pernah berasa trauma dengan populariti diterimanya ketika single pertamanya Just Dance mendapat sambutan luar biasa pada 2008.
Gaga, 30, berkata, ketika itu dia mengakui berusaha untuk menyesuaikan diri dengan kemasyhuran diterimanya walaupun sukar berbuat demikian.
"Pada satu tahap saya perlukan sesuatu untuk membuatkan saya bertenang kerana ia berlaku secara tiba-tiba dan diluar jangkaan.
"Saya trauma sehingga terpaksa mengambil ubat penenang kerana emosi sentiasa tidak stabil ketika itu," katanya seperti dilaporkan Mirror.
Kata Gaga, dia terbuka bercakap tentang masalah depresi yang dihadipinya kerana menyedari masih ramai yang mengalami perkara tersebut.
Bagaimanapun katanya, kini pada usia 30 tahun dia lebih tenang dan menjalani kehidupannya dengan positif.
"Kunci utama adalah dengan menjaga diri sendiri. Saya bersyukur sudah melepasi umur 20-an dan angka 30 tahun memberi lebih ketenangan kepada saya," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: