BATU PAHAT - Kira-kira 5,000 pengunjung berpeluang memilih barangan yang mereka minati secara percuma pada program 'Free Market Parit Sulong-Semuanya Percuma' diadakan baru-baru ini.
Adun Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, program yang pertama kali diadakan itu turut mendapat kerjasama #Free Market Johor dan Sukarelawan Darul Ta’zim (SDT).
Menurutnya, ia mendapat sambutan menggalakkan, di mana semua barangan yang ada di ‘Free Market’ habis dalam masa dua jam sahaja.
“Semua barangan diberikan percuma, termasuklah barangan keperluan harian, baju, barangan dapur dan beberapa yang lain bertujuan meringankan beban masyarakat sekitar.
“Pada perancangan awal kita akan mengadakannya dua kali setahun, tapi disebabkan kawasan Dun Sri Medan ini mempunyai dua pekan utama, kita akan mengadakannya secara bergilir-gilir.
“Insya-ALLAH pada Disember nanti, kita akan mengadakannya di pekan Sri Medan pula,” katanya ketika ditemui semasa program berkenaan di Dataran Parit Sulong.
Kata Zulkurnain yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan, pihaknya terpanggil untuk mengadakan program itu kerana di daerah lain telah melaksanakannya.
Jelasnya, selain dapat membantu golongan tertentu, ia juga sebagai usaha pihaknya untuk memupuk semangat melaksanakan program amal dan kebajikan dalam kalangan anak muda.
“Hampir 80 peratus mereka yang menjayakan Free Market ini terdiri daripada anak muda,” katanya.
Sementara itu, seorang pengunjung, Siti Aisah Misron, 23, berkata, dia dapat rasa kemeriahan program ini apabila ramai penduduk sekitar datang mendapatkan barangan keperluan harian secara percuma.
“Dalam Free Market ini, saya tidak ketinggalan untuk ambil beberapa barangan keperluan seperti beras, tepung gandum, gula, bawang dan beberapa lagi yang lain.
“Saya harap program amal seperti ini dapat diadakan lebih kerap lagi, di mana selain membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, ia juga satu program kebajikan untuk rakyat,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: