Wednesday, September 21, 2016

Nada (Wassup) Berhadapan Masalah Kewangan, Tiada Pendapatan




Nada mengakui dia kini mengalami masalah kewangan selepas kumpulannya, Wassup tidak lagi aktif dalam industri seni.
PENYANYI Nada mendedahkan dia kini mengalami masalah kewangan selepas kumpulannya, Wassup tidak lagi aktif dalam industri hiburan.
Nada menerusi temubual bersama program Unpretty Rapstar 3, memberitahu dia kini tidak mempunyai sebarang pendapatan sejak Wassup dibubarkan selain sukar mencari pekerjaan.
Malah katanya, ketiadaan lagu baharu daripada Wassup memburukkan lagi keadaan selepas kumpulan itu kali terakhir muncul dengan single berjudul Do You Know How I Feelkolaborasi bersama Madtown dan Rooftop House Studio pada Februari lalu.
"Saya sangat miskin sekarang kerana Wassup tidak lagi aktif jadi kami tiada pendapatan," katanya.
Perkara sama turut dialami oleh lima ahli lain kumpulan iaitu, Jinju, Sujin, Nari, Jiae, Woojoo dan Dain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: