MELAKA - Setelah berehat dan menyepi seketika akibat dua kemalangan yang menimpanya dalam tempoh dua minggu pada Julai lalu, penceramah, Abong Long Fadhil kini kembali aktif memenuhi undangan di seluruh negara.
Malah, Fadhil atau nama sebenar Muhammad Fadhil Husin, 29, merancang untuk menunaikan umrah bersama ibunya Sitiawah Abd Hamid, 59, pada hujung tahun ini sebelum mengikuti pengajian di sekolah pondok bagi mendalami ilmu agama.
“Jika diizinkan ALLAH dan jika dipanjangkan usia, inilah kali pertama saya akan ke Tanah Haram untuk ‘bertemu’ Rasulullah dan berada di dalam rumah-Nya. Saya pohon doa dari semua supaya urusan saya dipermudahkan untuk ke sana,” katanya.
Muhammad Fadhil berkata, umrah yang dijadualkan pada pertengahan Disember ini akan dilaksanakan di bawah kendalian Embun Ritz Travel Network sebuah agensi beribu pejabat di Shah Alam, Selangor.
Malah, beliau turut menjemput orang ramai menunaikan umrah bersama-samanya yang dijadualkan pada musim sejuk iaitu cuti sekolah pertengahan Disember ini selama 12 hari 10 malam.
"Penganjuran turut membabitkan kerjasama dengan Koperasi Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat Berhad,” katanya, di sini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: