PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan memberitahu bagasi pakaiannnya sudah selamat diterima pada malam kejadian itu berlaku pada Khamis.
Rozita atau dikenali sebagai Che Ta, 43, berkata, dia sudah menerima permohonan maaf daripada syarikat penerbangan tersebut di ruangan komen laman sosial miliknya pada Jumaat.
"Beg saya sudah dipulangkan pada malam itu juga dan pihak MAS ada memohon maaf menerusi ruangan komen di Instagram saya semalam.
"Ini bukan kali pertama berlaku, setakat ini sudah dua kali tapi saya lihat ramai pengikut laman sosial saya yang pernah mengalami nasib yang sama," ujarnya kepada mStar Online.

Malaysiaairlines buat permohonan maaf di Ig Rozita pada Jumaat.
Pada Jumaat, isteri pelakon Zain Saidin ini meluahkan rasa kesal kerana gagal menghadiri satu majlis makan malam gara-gara bagasinya tidak tiba ketika mendarat di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis.
Dia juga terkilan dengan perkhidmatan syarikat penerbangan berkenaan yang gagal melaksanakan tugas dengan baik sehingga dia berhadapan dengan masalah tersebut.
Bagaimanapun, Rozita yang menggunakan perkhidmatan kelas perniagaan pada syarikat penerbangan tersebut mengakui menerima layanan sepatutnya sepanjang perjalanan ke Sabah.
"Perkhidmatan mereka dalam pernerbangan memang terbaik, cuma tentang bagasi teruk sangat, sampaikan kalau beg hilang kita sendiri yang kena turun padang cari.
"Kalau harapkan kakitangan mereka memang tidak dapatlah beg itu," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: