COLORADO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki yang didakwa terlibat kes cubaan bunuh sanggup bergayut di atas pokok selama enam jam untuk mengelak ditangkap polis.
Laporan KDVR mengatakan Lane Malouff, 30, sebelum itu melarikan diri dari polis dan memanjat bumbung beberapa rumah dalam kejadian Ahad lepas.
Disebabkan khuatir suspek membawa senjata api, polis terpaksa memindahkan penduduk berdekatan kawasan kejadian.
Polis juga terpaksa menggunakan pembesar suara dan menembak peluru lada hitam dalam usaha memaksanya turun.
Suspek juga dilaporkan terlibat dengan kes pecah rumah, ugutan jenayah, serangan, penderaan kanak-kanak dan perlanggaran arahan perlindungan oleh mahkamah.