DUNGUN - Hanya 10 minit diperlukan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Dungun untuk menangkap seekor ular sawa batik seberat kira-kira 40 kilogram (kg) dengan anggaran panjang empat meter, di sini, Selasa lalu.
Menurut sumber JPAM Dungun, reptilia berbahaya itu ditangkap ketika sedang berehat dalam sebuah reban ayam milik penduduk dan dipercayai kekenyangan selepas membaham tiga ayam.
"Kehadiran ular itu disedari tuan rumah kira-kira jam 5 petang yang kemudiannya menghubungi JPAM Dungun untuk bantuan.
"Dipercayai ular tersebut sudah berada agak lama dalam reban itu memandangkan tiga ayam milik pengadu hilang, dipercayai dibaham reptilia berbahaya itu," katanya.
Sumber berkenaan turut memaklumkan seramai empat anggota JPAM terlibat dalam operasi berkenaan dan ular sawa batik terbabit diserahkan kepada pihak Zoo Negara untuk dilepaskan ke habitat asal.
Dalam kejadian berasingan, anggota JPAM mengambil masa hanya lima minit untuk menangkap seekor ular tedung selar sepanjang dua meter di sebuah rumah di Kampung Binjai, di sini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: