SEJAK pengumuman adaptasi filem daripada karya novelis terkenal, Ramli Awang Murshid iaitu Tombiruo: Penunggu Rimba dibuat, ramai yang mula berteka-teki siapakah yang bakal diangkat sebagai teraju utama yang membawakan watak Ejim atau Tombiruo.
Dan Jumaat lalu, teka-teki tersebut terungkai apabila Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan selaku penerbit, mengumumkan barisan pelakon berserta pengarahnya.
Umum sedia maklum, antara pelakon yang terlibat di dalam filem itu adalah Zul Ariffin, Farid Kamil dan Nabila Huda.
Zul diamanahkan membawa watak Ejim atau Tombiruo, iaitu penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan Keningau. Dia bukanlah hantu tetapi wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya.
Insiden hutan - rumah tempat tinggalnya di ceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda itu yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab.
Berkongsi penglibatannya di dalam filem ini, Zul berkata, tawaran daripada pihak produksi datang kira-kira empat minggu sebelum filem itu memulakan penggambarannya.
Bagaimanapun, ia tidak menjadi penghalang buat Zul melibatkan diri dalam Tombiruo dan beranggapan ia peluang yang tidak mungkin akan datang lagi.
Ujar Zul, demi menjayakan karakter Ejim atau nama lainnya Tombiruo, dia sanggup mengubah rutin pemakanan dan penjagaan badan demi mendapatkan tubuh yang ideal.
“Sebelum memulakan penggambaran, berat badan saya 92 kilogram (kg). Kemudian pihak produksi ada minta saya turunkan sedikit badan kerana kalau ikut logik pun, mana ada lelaki yang duduk dalam hutan ada badan yang begitu kekar.
“Jadi sejak puasa lalu, saya kurangkan makan kepada sekali sehari dan banyakkan pengambilan makanan berkhasiat. Malah pada raya lalu, saya juga tidak dapat menikmati juadah kerana mahukan bentuk badan sesuai.
"Dan hasilnya saya hilang hampir 12kg berat badan dan saya perlu kekalkan bentuk badan ini sehingga tamat penggambaran pada September depan," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran filem berkenaan di The Roof, First Avenue, Bandar Utama Damansara.
Tambah Zul, antara cabaran lain yang perlu dihadapinya adalah penghayatan karakter dan penyampaian emosi dari gerak badan dan mata.
“Saya tidak banyak dialog dan banyak menggunakan bahasa badan termasuk gerakan mata untuk berkomunikasi kerana watak itu sering memakai topeng.
“Saya juga ada alami kecederaan pada kaki semasa penggambaran akibat kehilangan berat yang banyak, tapi alhamdulillah saya sudah semakin pulih dan bersedia untuk kembali bekerja,” katanya.
Ditanya adakah dia berasakan menjadi bahan eksploitasi memandangkan perlu tampil tidak berbaju untuk keseluruhan filem itu, pelakon berusia 30 tahun ini menafikannya.
“Rasa tidak logik pula untuk saya berpakaian lengkap memandangkan ia adalah kisah penunggu rimba dan isu saya dieksploitasi rasanya tidak perlu ditimbulkan. Apatah lagi, saya mengenakan aksesori badan seiring dengan gambaran peranan tersebut.
“Tambahan pula apa yang saya lakukan itu adalah untuk menzahirkan watak Ejim dan sebagai pelakon saya sudah melakukan terbaik,” katanya.
Tombiruo sebuah karya arahan bersama Nasir Jani dan Seth Larney turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk M Nasir, Faizal Hussien, Dynaz Mokhtar, Faye Khusyairi dan ramai lagi.
Ia sudah pun memulakan penggambaran sejak 31 Julai lalu di sekitar Lembah Klang dan Sabah.
Tolak kisah cinta
Sementara itu, mengenai hubungan cintanya dengan aktres Zahirah Mac Wilson, Zul menjelaskan, hubungan mereka masih berjalan dengan baik.
Bagaimanapun dia melihat tidak ada keperluan untuk bercerita kisah mereka di media massa.
“Kalau nak kahwin, saya akan beritahu kepada semua,” katanya yang menafikan sudah menghantar rombongan merisik, baru-baru ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: