ALASKA - AMERIKA SYARIKAT. Satu bangkai ikan paus yang ditemui terdampar di kawasan batu di St. George, Alaska dikenalpasti sebagai spesis baru.
National Geographic mengatakan paus yang mirip spesis Baird berkenaan mempunyai panjang 4.3 meter dan masih remaja.
Sebuah laporan penyelidikan yang dikeluarkan semalam mengatakan spesis berkenaan juga hampir sama dengan ikan paus 'black cetacean' yang sering ditangkap nelayan Jepun.
"Ini adalah berita yang mengejutkan," kata penulis laporan, Paul Wade yang bekerja di National Marine Mammal Laboratory.
"Penemuan spesis baru mamalia besar adalah sangat jarang berlaku kini. Ini adalah penemuan menakjubkan," kata Paul.
Ikan paus berkenaan ditemui oleh seorang guru biologi muda yang kebetulan sedang melalui kawasan batu di St. George, Jun lepas.
"Kami tidak tahu berapa jumlah ikan paus tersebut dan dimana ia boleh ditemui," kata saintis molekular, Phillip Morin.
Spesis ikan paus berkenaan yang masih belum diberi nama juga telah menimbulkan persoalan mengenai ancaman aktiviti marin terhadap hidupan laut.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: