NILAI - Polis menafikan berlakunya cubaan menculik seorang bayi oleh dua lelaki warganegara Nepal di Taman Cempaka, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kedua-dua suspek dikatakan cuba menculik bayi perempuan berusia dua bulan di dalam buaian di rumah itu hingga menjadi viral di laman sosial.
Bagaimanapun, salah seorang suspek berjaya ditangkap orang ramai manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati berlaku salah faham dalam kejadian tersebut.
"Dua lelaki Nepal ini dikatakan telah masuk ke rumah mangsa dan ketika kejadian, terdapat seorang nenek dan bayi dalam rumah tersebut.
"Nenek yang ketakutan kerana bimbang cucunya akan diculik segera membawa lari cucunya yang berada di dalam buaian. Mangsa juga menjerit meminta pertolongan jiran-jiran memberitahu cucunya mahu diculik lelaki tersebut,"katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati suspek dipercayai dalam keadaan mabuk dan mengalami masalah mental.
"Siasatan terhadap suspek menunjukkan perilakunya ke arah pesakit mental di mana pemikiran sukar dikawal, mendongak ke atas berulang kali dan bercakap seorang diri. Suspek juga hanya boleh bercakap dalam bahasa Nepal.
"Siasatan terhadap nenek juga memberitahu suspek telah mengangkat tangan beberapa kali sambil meminta sesuatu dalam bahasa yang tidak difahami," katanya.
Zaldino berkata, tidak wujud cubaan culik dalam kejadian tersebut kerana suspek tidak membawa sebarang kenderaan.
"Suspek hanya berjalan kaki sahaja dan tidak minta apa-apa pada mangsa di mana hanya sekadar melambai tangan sahaja.
"Ini hanya salah faham sahaja. Bagaimanapun, suspek masih dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut," katanya.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 447 kerana menceroboh rumah.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: