Tuesday, August 30, 2016

Mariah Carey Lempar Komputer Tunang Kerana Lagu Beyonce




Mariah dituduh membaling komputer riba milik tunangnya, James Packer selepas dikatakan berang apabila jutawan terkenal itu memasang lagu Beyonce berjudul Crazy In Love.
PENYANYI terkenal Mariah Carey dilaporkan bertindak membaling komputer riba milik tunangnya, James Packer ke luar tingkap gara-gara lelaki itu memasang lagu nyanyian Beyonce berjudul Crazy In Love.
Daily Mail melaporkan Mariah, 46, bertindak demikian kerana berang apabila mendengar lagu penyanyi lain berkumandang di rumahnya.
"Mariah melarang sesiapa yang berada di rumahnya daripada memasang lagu artis wanita lain selain lagu nyanyiannya.

"Tindakan James yang memasang lagu Beyonce membuatkannya berang dan membaling komputer riba milik James keluar tingkap sebelum menjerit sekuat hatinya," kata sumber.

Ekoran laporan berkenaan Mariah menerima kritikan hebat dan menganggap dia perlu mengawal sikap divanya.

Pun begitu ada pula menyifatkan laporan berkenaan sengaja direka-reka kerana tidak senang melihat kebahagiaan pasangan itu.

Dalam pada itu, jurucakap Mariah dalam satu kenyataan menyangkal keras kajadian itu dan menyifatkan ia sengaja diada-adakan selain mengarut.

"Ia langsung tidak benar dan sama sekali mengarut," kata wakil penyanyi itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: