KULIM - Dua bekas pelajar telah bertemu jodoh kali kedua melalui kumpulan Whatsapp Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar (SMKLB) 1987.
Penganjur, Rajmah Mohamad, 46, berkata dua bekas pelajar Ahmad Ismail, 46, dan Norsiah Che Meh, 46, berjaya dijodohkan selepas masing-masing menduda dan menjanda sejak beberapa tahun.
Menurutnya, walaupun kali keempat pertemuan semula bekas pelajar diatur, kedua-duanya bagaimanapun masih tidak mengenali rapat antara satu sama lain.
“Melalui kumpulan WhatsApp, rakan-rakan mula memperkenalkan keduanya dan tidak menyangka ia adalah jodoh mereka buat kali kedua. Mereka selamat diijabkabulkan pada 18 Ogos lalu.
“Kita sangat gembira, dua bekas pelajar dan rakan kita telah berjaya dijodohkan setelah sekian lama hidup berseorangan,” katanya.
Tambahnya, pada program kali kelima yang diaturkan Sabtu lalu, pasangan pengantin baharu itu turut diraikan di Ulu Jong, Sedim.
“Kita juga telah buat kejutan untuk pasangan pengantin itu dengan berarak ke Pusat Rekreasi Arus Deras, Sedim sejauh dua kilometer selain mengadakan upacara memotong kek sebagai simbolik pertemuan kali ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: